nuffnang adds

Monday, 26 December 2011

Tulip Mekar..


Sabtu pagi, jam 0600 aku dah bangun untuk siapkan apa yang hendak di bawa pergi ke Zoo Taiping dan berkelah di Sungai Batu Lugoh. Sini aku kongsikan resepi dari tauhu kering yang aku sendiri pun tak tahu nama benda alah ni. So, aku letak nama Tulip Mekar coz bentuk dia seakan tulip. 

Bahan-bahanya.
24 biji tauhu kering.
3 biji telur yang telah dipukul.
30-35 ekor udang yang dibuang kulit.
sedikit garam.
sedikit serbuk lada.



Cara-caranya.
1. blendkan udang bersama telur sehingga hancur dan sebati.
2. terbalikkan tauhu kering dan ambil isi di dalam untuk campur dengan sebatian udang dan telur tadi.
Jadi lah bentuk tulip.


3. Masukkan daun bawang, sedikit garam dan serbuk lada.
4. Masukkan sebatian tadi ke dalam tauhu kering yang diterbalikkan tadi.



5. Goreng dengan api yang sederhana.
6. Sedia untuk dihidang dan makan..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...