nuffnang adds

Tuesday, 22 December 2015

Program hujung tahun sekolah.

Alhamdulillah... Kerja untuk tahun 2015 sempat aku habiskan walaupun terdapat beberapa kekangan.. Akhir bulan 10 dan awal bulan 11 yang amat memenatkan.. Pelbagai masalah dan cabaran untuk kami guru-guru PPKI SMK Taman Seri Rampai. Semangat kerjasama kami yang terhasilnya program ini. Walaupun program ini last minit... Sempat kami siapkan..

Program yang dijalankan hujung tahun ni ialah Minggu Inovasi dan Kreativiti yang bukan la inovasi sangat pun.. Lebih kepada kreatif jaaa...

Minggu Inovasi dan Kreativiti

Minggu inovasi dan kreativiti iaitu program yang melibatkan usahasama pelajar pendidikan khas.. Dimana melalui program ini pelajar dapat memperluaskan lagi kemahiran mereka. Program ni melibatkan 8 guru iaitu 1 guru 1 inovasi dan kreativiti. Antaranya, batik, Pertuturan KIU, Papan Masa Ajaib, Lampu Ajaib, Sensori Bag, Baja Organik, Pasu Hiasan dan Jaring Huruf.

1. Batik

Slot batik dipenuhi dengan demonstrasi pelbagai kaedah membuat batik. Pelajar Pendidikan Khas yang aras rendah, aras sederhana dan aras tinggi turut terlibat.


Masa ni pelajar tengah ikat batu dekat kain.. Lepas tu depa akan warnakan kain tu..


Pelajar ni tengah pusingkan baju t-shirt kosong.. Lepas tu ikat getah banyak-banyak baru warnakan..


Masa ni proses nak warnakan kain..


Ni antara hasil dari kreativiti pelajar.


Baju ni dah siap diwarnakan..

2. Lampu ajaib.

Lampu ajaib ni untuk tingkatkan kemahiran pelajar dalam asas elektrik. Lampu ajaib ini menggunakan barang terpakai. 


Antara bahan yang diperlukan..


Ni salah seorang pelajar yang berbakat.. Dia tengah lilitkan benang kat botol tu..


Tengok... Ramai pelajar yang berminat.. Cikgu pun join sekali..


Masa ni Cikgu Nor tengah tunjukkan cara-caranya..


Pelajar ni tengah masukkan wayar kat plug.. Nampak ja senang kan.. Tapi sukar bagi pelajar-pelajar khas ni..


Taraaaa... Berjaya.. Menyala pun.. Hehehe..

3. Sensori Bag

Pernah dengar sensori bag? Ni bagus untuk sentuhan.. Teknik ni sesuai untuk pelajar yang aras rendah... Contohnya pelajar cerebral palsy.. Boleh mengasah lagi motor halus mereka.. 


Ni antara bahannya.. Kena guna plastik seal mcm tu.. Klu tak ada ambil plastik biasa pun boleh... Lepas tu salotape keliling supaya tak terkeluar minyak n air kat dalam tu..


Kita boleh pelbagaikan tema.. Yang ni.. Pelajar tengah susun huruf ABC..


Cikgu Zira tengah tolong pelajar untuk sealkan plastik tu..


Pelajar ni tengah letak jel rambut..


Pelajar ni tengah susun mengikut warna yang sama.. 


Ni antara hasil guru dan pelajar...

4. Jaring Huruf

Jaring huruf ni bertujuan supaya pelajar boleh mengecam abjad dan daripada situ boleh membentuk perkataan..


Antara bahan-bahan yang digunakan.. Bahan utama mestilah jaring..


Masa ni cikgu Hanizah tengah gunting jaring...


Pelajar tengah salotape keliling jaring..


Lepas tu boleh la masukkan kertas-kertas yang di bulatkan tadi.. Bentukkan huruf..


Pelajar tengah membentuk huruf..


Pelar ni tengah masukkan kertas ke dalam jaring..

5. Pertuturan KIU

Pertuturan KIU ni salah satu Kajian Tindakan Cikgu Izwan.. Pernah mengetengahkan kajian ni di Thailand.. Pertuturan KIU ni lebih kurang macam bahasa isyarat.. Memfokuskan kepada pelajar khas supaya boleh bertutur dan membaca.. Kalau nak aplikasikan kepada anak-anak kita pun boleh.


Asasnya ialah 5 jari kita.. Hanya menggunakan 5 jari saja..


Pelajar tengah belajar asas pertuturan KIU..


Ni antara pelajar yang mahir dalam pertuturan KIU.. Cikgu Izwan ambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk pelajar menguasai keseluruhannya.. 


Ni apps yang boleh digunakan..


Ni antara contoh asas pertuturan KIU..

6. Papan Masa Ajaib

Papan masa ajaib ni memfokuskan kepada kiraan masa dan jam.. Papan masa ajaib ni memudahkan lagi pelajar pendidikan khas membuat kiraan masa dan lebih mudah faham..


Papan masa ajaib ni perlu berpandukan power point yang tertera untuk lebih menarik lagi.. Soalan-soalan tentang masa dan waktu semua berpandukan power point tersebut..


6 kotak menandakan 60 minit.. 1 jam kan bersamaan dengan 60 minit.. Cikgu akan bagi dalam minit atau jam.. So, pelajar akan kenal pasti masa yang di beri.. 


Antara soalannya 1jam 50 minit + 40 minit = ?....


Cikgu Harith tengah bagi penerangan kepada pelajar.. Tengok.. Cikgu lain pun join sekali.. Hehehe..


Masa ni ada buat kuiz sikit.. 1 kumpulan 2 orang.. Siapa cepat dia menang.. Kreatif kan cikgu-cikgu pendidikan khas.. Hihihi..

7. Pasu Hiasan.

Pasu hiasan memfokuskan kepada cara hiasan pelajar-pelajar.. Bagaimana pelajar tersebut menghias pasu.. Melihat bagaimana kreativiti pelajar-pelajar PPKI..


Antara bahan-bahan yang digunakan.. Cikgu Fatin tengah bagi penerangan..


Ni pelajar tengah gam bekas tersebut untuk dibalutkan dengan "tissue paper".. Bukan tisu yang kita lap hinguih tau.. Hahaha.. Tu yang macam kertas warna-warna tu panggil "tissue paper".. 


Boleh hiaskan dengan renda atau pelbagai hiasan..


Selepas tebuk lubang kat tepi untuk letak tali untuk digantung tuuu.... Masukkan span n batu sikit kat dalam bekas tuu..


Tiba masanya kita tengok tahap kreativiti pelajar dalam mengubah bunga..

8. Baja Organik

Akhirnya... Projek Inovasi dan Kreativiti aku.. Baja Organik.. Aku buat 3 jenis baja.. Baja kompos, baja telur dan baja roti..


Ni baja kompos... Antara bahannya terdiri daripada sisa makanan, sayuran dan rumput-rumput kering..


Pelajar ni tengah buat baja telur.. Tengah masukkan kulit telur, kacang hijau yang dah direndam semalaman dan beras yang dah rendam semalaman.. Lepas tu blend..




Pelajar ni ada masalah autisme.. Dia tengah masukkan roti ke dalam air yang tak berklorin..


Ni lah hasilnya.. Lepas 3 hari boleh guna dah.. 


p/s : aku amik masa lama nak update.. Biasa la. Bila cuti ni mood ke laut..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...