Sunday, 1 January 2012

Welcome 2012 ^_^

WELCOME 2012..
GOOD BYE 2011..

Tahun 2011 aku lalui penuh dengan suka dan duka.. SUKA? Saat suka apabila aku melahirkan baby boy.. Penantian selama 9 bulan 10 hari berakhir apabila Muhammad Akiff Mirza dilahirkan pada 23 Mac 2011 jam 1940.. Betul-betul selepas azan Maghrib berkumandang. Lega dan bahagia bila merasai pengalaman tersebut.. Semua orang menantikannya lahir ke dunia. Sinar bahagia yang menyinar kembali selepas kehilangan bapak kesayanganku pergi ke Rahmatullah.. Sayang, Akiff tak sempat kenal dengan tok wan Aq nya yang suka buat lawak. Tapi tak apa, Akiff masih ada tok wan Het untuk bermanja. Tahun 2011 juga aku mendapat berita yang selama ini aku tunggu-tunggu. GSTT akan diserap dengan syarat mengajar 2 tahun ke atas. Alhamdulillah.. Penantian aku berakhir. Tak sia-sia aku sabar menunggu. Allah itu Maha Adil dan Penyayang.

DUKA? Setahun 2 hari selepas pemergian bapak kesayangan ku pergi. Sepupu aku pula pergi menyambut seruan Ilahi. Tiada lagi tempat untuk kami menumpang kasih dan pengganti kepada bapakku. Semoga rohnya dan arwah bapakku di tempatkan di kalangan orang beriman.. Amiinnn.. Al-Fatihah..

Tahun 2012 kini menjanjikan cabaran kepadaku. Cabaran sebagai seorang pelajar, pendidik, ummie kepada anak aku dan isteri kepada suamiku tercinta. Aku akan menjadi weekend wife and ummie. Kenapa? Aku akan belajar semula di UPSI (Diploma Pendidikan). Entah dapat ka tidak aku mengharungi hari-hari tanpa ditemani Akiff tidur disisiku setiap malam. Ya Allah berikan lah aku kekuatan mengharunginya. Mujurlah Tanjung Malim dengan rumahku tak jauh. 


Selambat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua yang baca blog aku ini. Selamat Tinggal Tahun 2011.

5 comments: