nuffnang adds

Tuesday, 31 January 2012

Kesyukuran...

Syukur ke Hadrat Ilahi apa yang dilimpahkan rezeki aku sekeluarga. Aku balik kampung kali ni ada pasang niat buat kenduri kesyukuran. Bertahun aku tunggu saat ni. Aku dapat juga jadi cikgu.


Aku ditawarkan Diploma Pendidikan Khas di UPSI Tanjung Malim. Terpaksa berkorban sikit la berjauhan dengan hubby and Akiff.





Tak sempat lak aku nak tangkap gambar menu hari tu. Haa.. Aku akan bagi tau serba sedikit menu hari tuu.

MENU :-
  1. Laksa - Laksa biasa and laksa kuah belut. Laksa kuah belut mak aku buat sikit saja la untuk sesiapa yang boleh makan. (Laksa belut memang aku ngidam lama dah. Tapi tak boleh makan lagi laa. Masih berpantang. Tak cukup setahun lagi.
  2. Mee Kari - Haa.. Yang ni pun aku tak boleh makan lagi. Tapi memang best la..
  3. Bihun sup - Yang ni special case sikit. Yang ni untuk org macam aku dan sepupu aku yang masih berpantang. Yang ni mak aku buat sikit ja kalau ada sapa-sapa tak boleh makan laksa and mee kari.
  4. KUIH - Ada kuih koswi, karipap and kuih talam suji.
  5. Air - Sarsi




Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus terutama my Mum and my family, Kak Gi and family, Cik Nah and family, Mak tam and family, my fren ja; and Tok Piah and family. Dan tak tersebut lagi laa..

2 comments:

  1. untuk Akiff dgn abahnya tak sebut macih pun... huhuhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...