nuffnang adds

Friday, 27 January 2012

1Malaysia Book Expo 2012

Salam 1 Malaysia.


Dengan segala hormatnya dimaklumkan, Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan The Oxford Centre for Excellence (Oxcell) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan NGO-NGO industri buku akan menganjurkan Ekspo Buku 1Malaysia dan Persidangan Buku Antarabangsa pada 1–6 Februari 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Program ini akan menghimpunkan para penulis, pengarang, penerbit, pencetak, aktivis industri buku dan juga peminat-peminat buku seluruh negara serta wakil-wakil penerbit buku antarabangsa.

Antara acara-acara yang telah dirancang adalah seperti berikut:
1.    Ekspo Buku 1Malaysia, 1–6 Feb. 2012, 10.00 pg–8.00 mlm
2.    Persidangan Buku Antarabangsa, 1–3 Feb 2012, 9.00 pg–5.00 ptg
3.    Forum Buku Antarabangsa, 4–5 Feb. 2012, 10.00 pg– 5.00 ptg
4.    Lelongan  Buku Stok Lebihan (Book Remainder), 1–6 Feb. 2012, 10.00 pg–8.00 mlm


UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH LA KLIK DI ^SINI^



JOM.. KITA P 1MALAYSIA BOOK EXPO 2012...
MR HUBBY nanti kita p eek..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...