nuffnang adds

Tuesday, 31 January 2012

Mengisi masa lapang...

Seminggu berlalu baru aku nak letak entry ni. Bukan apa 'busy' skit menguruskan apa yang patut. Balik kampung hari tu aku ada 'suggest' kat mak aku untuk kurangkan kos untuk kenduri abang ku nanti. Aku kalau tak ada keja memang suka cari kerja. So, tercetusnya idea ini. Mak aku pun setuju.


Kak Gi aku dan Cik Nah aku memang rajin la kalau bab gotong royong ni. Aku pun memulakan langkahku mengajar anak-anak muridku. Eh.. Aku belum bagi tau lagi apa yang aku nak buat ni kan? Haaa.. Sebenarnya nak buat kotak untuk letak gula-gula. Nak bagi budak-budak masa kenduri nanti. Kalau letak dalam plastik pun depa lempaq buang jugak. Baik bagi yang diperbuat daripada kertas. Menyelamatkan alam sekitar. BETUL TAK? Hihihhihi...


Sementara Cik Nah pulak tak kerja seminggu. Boleh la tolong kak Gi aku ni. Nak tau Cik Nah yang mana? Gambar atas ni yang baju color coklat. Kak Gi aku pulak pakai baju kelawar warna oren.

Tuan-tuan dan Puan-puan. Perhatikan betul-betul yaa.. Ada faham?

Kalau hangpa nak tau? Depa la jugak bertungkus lumus bersama mak aku buat bunga telur stokin masa kenduri aku. Mak aku suka nak buat sendiri. Dia cakap buat sendiri baru rasa aura kenduri tuu.. Lebih kurang macam tu lah.. Maklum la.. Masa tu baru pertama kali kenduri anak dia. 

Haa.. Yang pakai baju belang merah hitam tu lah abang aku yang nak kawin nanti.


Yang ni antara step yang perlu buat.


Betapa tekunnya aku mengajar pelajar ku ini. Hihihi..



Tadaaaa... Ini lah hasilnya. Aku difahamkan sekarang kotak ni dah menjangkau 100 kotak. WOW... Betapa pantasnya anak murid ku ini. 

3 comments:

  1. zaza kalau bab nak lipat2 kertas memang suka... hihihi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...