Thursday, 6 March 2014

Perjalananku bermula di sini.

Dah berkali-kali ku nak menaip. Tapi tak jadi. Tapi sekarang ku diberi sedikit kekuatan untuk menekan keyboard laptop aku ini. Tanggal 17 Februari aku melangkah untuk meninggalkan rumah. Bermula lah saat aku pergi meninggalkan akiff n Mr. Hubby. Di keheningan pagi aku kenang setiap detik itu. Saat aku bangun dari tempat tidur hingga lah kaki ku melangkah keluar dari rumahku. 

Pagi di dalam kereta tu fikiran ku melayang.. Nanti aku takkan rasa macam ni. Tunggu sebulan pulak la aku nak naik kereta ni bersama Mr Hubby n Akiff. Pagi-pagi tu bila dah sampai Hotel Goldcourse. Aku pergi daftar n dengar taklimat dulu. Tengah hari nanti baru Mr Hubby datang balik hantar beg besar aku. Mr. Hubby n Akiff pergi rumah cousin dulu. Bila dah tengah hari tu Mr. Hubby datang hantar luggage aku. Akiff pulak tengah nyenyak tidur.. Tak dapat la kiss dari Akiff.. Huhuhu.. Aku tahan dulu perasaan ni.. Bila saat nak bersalam dengan Mr. Hubby n dia terus memelukku.. Aku rasa sangat2 la sedih. Apatah lagi bila melihat air mata yang jatuh dari pipinya yang kasar itu.. HUhuhu.. Aku nampak ja tabah.. Tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Aku cuba untuk tidak menangis kerana takut nanti keadaan akan bertambah buruk lagi.. Nanti banjir lak kat situ.. HUHUHU...

Dah sampai bilik.. Perasaan ni rasa sunyi saja.. Dalam bilik ku bersendirian.. Room mate aku belum sampai lagi.. Menangis aku sendirian.. Meraung jugak la.. Ya Allah kau tabahkan lah hati hambamu ini.. 


Pssst... Bersambung.. Nanti aku upload gambar masa orientasi nanti.. Tak sabarnya nak tunggu 21hb ni.. Cuti.. Yeaaah...

8 comments:

  1. tabahkan hati yer zaza, dapat bayangkan perasaan tu...

    ReplyDelete
  2. kursus ker? lama betul..

    smoga tabah selalu.. skang ni jauh pun blh jd dekat.. semua di hujung talian.. hehe.. tabah k.. :)

    ReplyDelete
  3. wa...wa...waaaaa..jgn menangis, hidup harus berani. tabah.komited..dan..dan.. eh byknya dan hehe :p

    ReplyDelete