Assalamualaikum...
Tanggal 8 Mac 2014 merupakan tarikh keramat di mana MH370 hilang entah Ke mana. Berita yang menggemparkan seluruh dunia.. Bagaimana perasaan keluarga mangsa MH370 masa tu agaknya? Mesti bercampur baur.. Resah.. Risau.. Takut.. Keliru.. Aku yang dengar pun fikir macam-macam..
Selepas 17 hari iaitu 24 Mac 2014 berita yang ditunggu sudah terjawab.. MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.. Masa tu aku kat kedai makan.. Perasaan hiba dan sayu turut terasa. Bayangkan keadaan Lautan Hindi tu macam mana.. Sangat lah bergelora.. Bagaimanalah perasaan mereka yang berada di dalam pesawat tersebut? Tambahan pula perasaan keluarga mangsa ketika menerima perkhabaran tersebut.
Aku hanya mampu berdoa dari jauh.. Ya Allah.. Kau tabahkan lah hati mereka.. Semoga keluarga penumpang MH370 akan terus tabah dan kuat..
Al-Fatihah dan Takziah kepada semua penumpang dan crew MH370.. AMIN..
P/S : Aku turut bersedih dan ku harap janganlah anda-anda di luar sana membuat sebarang spekulasi yang boleh memeritkan lagi hati keluarga penumpang..
doakan semoga usaha pencarian dipermudahkan
ReplyDeleteAminn...
ReplyDeleteSama sama kita doakan spya pencarian mh370 dipermudahkan
ReplyDeleteInsyallah...Moga segalanya dipermudahkan..
ReplyDelete