nuffnang adds

Thursday, 20 March 2014

Pasar Sibu Jaya

Hari ni aku nak cerita pasal pasar kat Sibu Jaya ni.. Lain sikit la pasar dia sebelum ni yang pernah aku pergi. Macam terbuka sikit. Macam-macam ada jual. Nak beli ayam hidup pun ada. Balik sembelih ja.. 1st time aku nampak kat pasar jual ayam hidup ni. Selalunya dah disembelih dah.

Nampak tak orang yang kat tengah2 tu.. Tu la cikgu Ila.. Orang yang banyak tolong aku la masa aku berada kat Sibujaya ni.. Masa mula-mula sampai tu. Rumah pun tak ada lagi. Terpaksa tumpang la kat rumah dia. Hampir 2 minggu jugak la menumpang kat rumah dia. Sekolah pun menumpang dia jugak. Nak pergi bandar dia tolong bawakan. Hihihihi.. Malu pun ada gak.. Anyway Thanks ya Cikgu Ila. Macam dia baca blog aku. Hahaha...

Haaa.. Kalau nak beli ayam ke apa aku sarankan beli kat peniaga melayu la.. Ya laa.. Kat Sibu ni lebih kurang macam Penang gak la. Ramai cina. Lepas tu barang runcit yang ada kat Semenanjung mungkin tak ada kat Sarawak. Barang yang ada kat Sarawak mungkin sukar nak jumpa kat Semenanjung..

Gambar kat atas ni pasar kering.. Ada jual sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan n ular pun ada.. Ular ni dia dah letak dalam guni la.. Siap timbang lagi.. Ulam yang susah nak jumpa kat KL sini banyak di jual..


Ooops... Tersenget lak gambar.. Nampak tak yang dibungkus dengan plastik hijau tu.. Tahu tak buah apa?


Haaa... Bentuk dia macam ni.. Ni la buah belimbing hutan.. Orang sarawak panggil apa ntah.. Aku lupa dah masa peniaga tu bagi tau aku. Rasa dia macam buah "stair" pun ada..


Haaa... Belah dalam dia macam ni.. Macam buah "stair" pun ada... Masam-masam sikit.. Boleh laa.. Aku duduk sini semua makanan sarawak aku nak rasa.. Hihihihi... Aku suka rasa makanan yang aku tak pernah cuba.. N susah nak jumpa.. Ya laa.. Kita duduk di tempat orang ni kita kena cuba... Kan? 

Pssst : Yeeaaahhhh... Tak sabar nak balik jumpa orang tersayang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...