nuffnang adds

Thursday, 13 March 2014

Berangkat ke SIBUJAYA..

Walaupun dah basi... Tapi aku nak cerita jugak.. 1st day aku sebelum berangkat ke Sarawak... Aku di tempatkan di Hotel Goldcourse, Klang.. Ada sikit taklimat dan orientasi.



Ni gambar masa aku kat dewan orientasi.. Ada serba sikit keterangan dan mukadimah. Haaa... Kalau nak pi Sarawak jangan kata "LAWA" kat orang tau.. Orang Sarawak marah nanti. LAWA tu maksudnya sombong. Kalau kat Semenanjung ni maksudnya cantik.



Ni gambar pamplet tentatif orientasi.



Haa.. Yang bertanda tu. Jadual penerbangan aku la.. Q3. Dari KL ke Kuching dulu. Ada lagi orientasi kat Kuching. Esoknya baru bertolak ke Sibu.


Gambar atas ni kat KLIA..Semua pakat lepak kat tepi. Sebab tak larat dah. Hahahaha...

Wow.. Dapat makan nasi lemak atas awangan.. Hahaha.. Perak buih orang utara cakap.. Hahaha..




Nampak tak? Semua beg besar.. Kalau pompuan memang la macam tu. Semua benda penting. Hahaha...


Ni bilik hotel aku kat Kuching. Grand Continental Hotel..



Masa ni nak berangkat ke Sibu..


  
Bye Kuching.. Welcome to Sibu. Huhuhu..


Sampai sudah SIBUJAYA.. Pekan yang sedang membangun. Tak lama lagi ada shopping complex. Tapi aku tak tau la macam mana. Hihihihi... Okey.. Sampai di situ saja la cerita aku.

4 comments:

  1. Assalamualaikum.. wahh bestnya. teringin nak ke Sarawak.. hehe selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. best mmg best.. kalau berjauhan dgn anak tu yang tak best..

      Delete
  2. salam...selamat bertugas di tmpt baru...kawan akak pun dapat Sibu..Noraida Husin
    oh, LAWA tu sombong ye? baru tau...
    # thanks jadi follower akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... ooo.. yer ker.. Sek mana?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...