Monday, 30 December 2013

Aku seorang GSTT.

Aku seorang GSTT.. Tahu tak apa maksud GSTT.. Bukan cukai GST tuu.. GSTT = Guru Sandaran Tidak Terlatih ataupun kadang2 orang panggil guru kontrak.. Aku sudah bergelar GSTT hampir 3 tahun.. 

Pertama kali aku menjawat jawatan GSTT ni pada tahun 2008.. Masa tu aku berpeluang mengajar di sekolah kat AIR ITAM Penang.. Pengalaman yang pertama ni memang memberi cabaran yang tinggi kepadaku.. Aku diberi kelas yang terakhir dalam tingkatan.. Mengajar Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Geografi dan Kemahiran Hidup.. Memang mencabar kesabaran aku mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai masalah.. Tetapi, guru-guru kat sana bagi aku semangat dan banyak tolong aku jika ada masalah.. Okey.. Pelajarkat situ bukan semua yang punya masalah.. Cuma aku ja yg tak bernasib baik dapat kelas yang mempunyai pelajar bermasalah.. hihihi..

Setahun habis kontrak di sekolah tuu.. Tahun 2009. Aku dapat sambung kontrak ke Sekolah yang berdekatan dengan rumah aku kat penang ni.. Kali ni berbeza pulak dengan budaya sekolah tuu.. Sekolah tersebut terdiri daripada pelajar yang berlatar belakang keluarga nelayan dan susah.. Lagi sekali aku dapat kelas yang terbelakang.. Depa ni suka ponteng kelas dan sekolah.. Kadang2 tuu pagi pi sekolah.. Tengahari cabut lari.. Macam2 alasan.. Nak tolong nenek buat kerja la.. Nak tolong meniaga la.. Ada yang masuk shift sekerat hari.. Masuk lepas rehat.. Aku tanya kenapa? Tolong ayah pi ke laut dulu.. Pelajar cina atau india kat situ sesetengahnya tak tahu cakap bahasa melayu.. Payah gak macam ni.. Haa.. Kat sekolah ni aku ngajar Pendidikan Moral Ting 4 n Pendidikan Seni.. Taaapii.. Sekolah ni budak2 memang hormat dengan cikgu.. PSssst.. Tahun ni aku kahwin dengan hubby aku..

Tahun 2010 aku apply GSTT kat Lembah Klang.. Dapat sekolah kat Subang Jaya.. Haa... Sekolah ni aku rasa macam duk kat oversea.. Speaking budak2 ni cayaq aku cakap.. English Tip Top.. Sembang dengan kawan2 cakap English.. Itu memang bagus.. Tapi macam biasa la dapat kelas hujung nun di sana.. Lagi sekali aku ngajar Pendidikan Moral Ting 4 n Pendidikan seni.. Pendidikan Moral Ting 4 ni ramai kata senang.. Tapi sapa kata senang.. Paper ni salah satu subjek SPM.. Kerja Kursus memang banyak.. Nak suruh budak kelas belakang buat kerja kursus ni memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi.. Kena tackle hati depa dulu.. Boleh gitu.. Kalau ngajar kelas depan lak kena prepare betul2.. Akan banyak soalan cepu emas dari depa ni.. Kalau markah sikit dalam exam pun tak suka.. Bodek nak markah lebih.. Budak kelas depan ni pentingkan markah.. Depa bersaing antara satu sama lain.. N jaga2 boleh sampai ke tahap meniru.. 

Tahun 2011 aku tak dapat sambung sebab pregnant.. Memang ikut syarat tak boleh pregnant.. Sebab susah nak cari ganti.. Alhamdulillah... Dalam tahun 2012 KPM ada buat serapan untuk GSTT yang pernah berkhidmat lebih kepada 3 tahun.. Memang banyak cabaran untuk aku sampai ke tahap ini.. Aku ditawarkan DPLI-GSTT di UPSI Tanjung Malim selama 1 tahun Setengah bulan.. Kos Pendidikan Khas.. Nak tahu pengalaman aku mengajar pelajar pendidikan khas? KLIK SINI.

Sekarang aku dah habis n bergraduat sudah.. Bulan lepas aku panggit interview kat Suruhuanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Sekarang berdebar-debar menunggu keputusan interview aku.. Harap Lulus la.. Amiiin.. 

Doakan aku dapat surat lantikan secepat mungkin dan posting secepat mungkin yer.. 


p/s : Terlalu banyak dugaan yang aku tempuhi selama menjadi seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih ini..



No comments:

Post a Comment