nuffnang adds

Monday, 23 December 2013

BERCUTI DI ANIMAL WORLD SAFARI A'FAMOSA

Ini cerita 2 minggu lepas.. Adik aku yg study kat ADTEC Melaka tu suruh amik barang dia sabtu tuu.. Dia dah habis study dah.. Alang2 nak pi Melaka.. Hubby aku beli tiket masuk Animal World Safari A'Famosa + FEEDING TIGER kat GROUPON.. Dia amik pakej skali dengan feeding tiger.. Dua org RM95 harga weekend n school holiday.. Kalau weekday murah skit laa..

Masa masuk tu kami round dulu tengok haiwan yg ada dalam safari tuu.. Akiff macam biasa laa.. Takut sikit.. Aku punya tringin nak naik gajah dia tak mau.. tak berkesampaian laa.. Lepas tu kami pi tengok cowboy show.. Masa tayangan dia pada pukul 2 n pukul 5.. FREE saja...



Lepas habis Cowboy Show tu  ada bukak sesi bergambar dengan watak-watak  cowboy di situ.. Tapi kami bergegas nak pi feeding tiger. Tak sempat nak bergambar la.. Tak sempat lak aku nak tangkap gambar trak yg dinaiki orang ramai untuk menjelajah hutan safari.. Tapi disebabkan kami punya tiket special sikit.. Kami tak berkesempatan nak naik trak yang macam kat safari Africa tuu.. Kami naik bas mini yang berhawa dingin lagi.. Terhindar dari bau-bauan.. Hihihi.. Tapi aku rasa lebih best naik trak tuu.. Adventure sikit.. HIHIHIHI.. 


Gambar ni aku amik dari dalam bas.. Masa ni akiff dah menyorok dah.. Aku pun takut.. Inikan Akiff..

Bila dah naik bas mini tuu.. Driver tu akan bawak kami pi round satu kawasan safari di situ.. Bila sampai kat bukit yang curam.. Driver tu akan beri amaran kepada penumpang supaya duduk dan "hold tight your baby".. Memang curam.. Brek kena betul2 makan.. Kalau tak.. Boleh terbalik. Tapi dont worry.. Driver tu dah banyak pengalaman dan of coz la bas tu akan di service sekerap mungkin.. Sampai saja kat tempat feeding tiger.. Bas akan berhenti.. Dan kami akan masuk di kawasan Feeding tiger.. Memang tak boleh bergambar masa feeding tiger tu.. Hanya menggunakan kamera mereka saja.. Aku tak beli pun gambar tuu.. Tau2 saja la.. Mahal yang ampuun.. So tak yah laa..

Dah habis ber"adventure" di hutan safari.. Kami terus pi tengok elephant show.. Kalau nak bagi makan kena bayar RM5.. Dapat la 5 ruas tebu untuk disuap kepada gajah.. Hihihi.. Kat sini aku boleh tengok bagaimana tuan gajah beri arahan kepada gajah.. Setiap sekor gajah ada tuan sendiri.. Memang best tengok telatah gajah2 ni.. Ada pulak gajah yg over acting pulak tuu..



Nampak tak Akiff dah peluk abah dengan eratnyaa.. Hihihi...

Dah abis show tuu.. Kami pun bergegas pi ADTEC Melaka.. Amik barang adik aku yg penuh satu keta HIHIHI...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...