nuffnang adds

Friday, 6 December 2013

Pengalaman Praktikal..

Rasanya dah agak lama aku tak bercerita. Bukan apa.. Tengah mencari mood.. Hihihi.. Aku baru saja tamat pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah untuk Pendidikan Khas. Lepas praktikal aku dah jadi penanam anggur.. Pengalaman mengajar pelajar pendidikan khas memang berbeza dengan pelajar biasa ni..

Aku lebih suka mengajar budak pendidikan khas lagi daripada mengajar budak biasa.. Agak-agaknya kenapa? Senang? Sapa kata senang? Kita perlu banyak bersabar dengan mereka. Faham mereka. Yang penting sabar, sabar dan sabar lagi. Aku bertuah mendapat pelajar kelas Sabar.. Kelas terakhir. Di mana mereka ni mempunyai keupayaan yang terendah sekali. Terendah maksudnya mereka langsung tak dapat mengenal huuf langsung. Terdiri daripada sindrom down, autisme dan lembam. Kebanyakan pelajar pendidikan khas menengah ni dah boleh uruskan diri.. Mereka boleh beli makanan di kantin dan bergaul dengan rakan lain.

Hari pertama aku masuk kelas.. Memang ambil masa untuk mereka terima aku. Berminggu jugak la untuk membiasakan diri mereka dengan aku. Masuk ja kelas tu ibarat aku bercakap sorang-sorang. Ada la aku ni punya la bersemangat buat "puppet" guna stoking. Hmm.. Tak hairanya dia.. Mula-mula tu agak kecewa la.. Tapi hari demi hari, mereka dah mula suka, senyum dan memberi tindak balas apa yang aku ajar. Lupa pulak, kelas ni ada pembantu murid dia. Pembantu murid dia akan membantu guru dan murid jika memerlukan bantuan. Haa... Nak jadikan cerita.. Kawan praktikal aku ni dapat kelas ganti. Masuk kelas Sabar.. Dia sendiri cakap.. Aku faham perasaan ko macam mana ko baru masuk ngajar kelas ni. Sebab tu lah kelas ni kelas SABAR.. Memang banyak bersabar..

Hari terakhir bila tamat praktikal.. Aku lah orang yang rasa sedih dan rindukan mereka.. Sampai tak terucap kata-kata masa majlis perpisahan tu.. Rindu dengan kemanjaan mereka dan telatah mereka.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...