Masih segar lagi dalam ingatan aku tentang kejadia pahit yang berlaku dalam family aku.. Aku kehilangan seorang bapak kesayangan aku. Tiada lagi dengar gurauan dia n sakat menyakat dari dia.. Huhuhu..
Seminggu sebelum hari kejadian... Aku dapat berita dari kampung yang menyatakan pak aku tiba-tiba ja rebah.. Pada malam tu family aku yang terdekat bawak gi hospital dan terpaksa patah balik sebab katanya pak aku tak ada apa2.. Kali kedua bawak gi hospital baru dimasukkan ke wad CCU sebab dah ada air dalam otak.. Masa tu aku masih ada di hospital.. Adik bongsu aku dah nangis-nangis call aku kata pak aku dah cakap merapu dah.. Keesokan malam tu jugak aku, cousin n adik aku yang belajar di KL balik kampung.. Husband aku masa tu kat sabah.. Akiff pun belum ada lagi.. Masih di dalam kandungan aku.. Baru berusia 2 minggu lebih.. Keesokannya tu baru husband aku bergegas balik dari Sabah terus ke Penang.
Dah beberapa hari aku di Penang.. Aku terpaksa balik ke KL disebabkan kerja.. Aku sangkakan pak aku akan sembuh.. Sebab masa tu aku dapat khabar yang pak aku dah sedar. Hari Jumaat tu cousin aku mesej tanya.. Tak balik kampung ke tengok pak. Aku kata minggu depan kut sebab hari sabtu tu sekolah (Aku kerja guru kontrak masa tu).. Aku tak risau sangat la sebab pak aku dah sedar.. Tapi aku pelik la sebab selalunya hari jumaat husband aku tak balik rumah lepas solat jumaat tu.. Dia cakap suruh aku kemas baju nak balik kampung.. Pak aku hanya bernafas menggunakan bantuan pernafasan saja.. So, tak dapat nak buat apa.. Dah berbincang dengan adik beradik semua setuju untuk hentikan bantuan pernafasan tersebut.. Mak aku tak nak bagi tahu aku awal takut jadi apa-apa kat aku nanti masa aku drive balik sekolah.. Sebab tu tunggu my hubby aku yang bagi tahu sendiri..
Masa perjalanan balik tu my hubby dapat mesej dari cousin aku.. Dalam mesej tu bagi tahu kata pak aku dah meninggal dah n jangan bagi tahu zaza.. Tapi... Aku yang baca mesej tu... Aku masih belum meraung lagi.. Best freind aku call pun aku masih boleh kawal lagi.. Kalau aku nangis aku tak tunjuk kat orang. Hanya family n my hubby aku ja tau kalau aku ni kuat nangis ka tak..
Kami sampai malam dah.. Sampai-sampai ja aku peluk mak aku.. Aku meraung dalam pelukan mak aku.. Tapi mak aku pesan aku kena kuat.. Sebab tu aku kuat demi kandungan aku.. Aku kuat disebabkan Akiff ada dengan aku masa tu..
Tanggal 6hb Ogos 2010 aku kehilangan bapak aku yang selalunya tempat aku berbincang kalau aku ada keraguan dalam sesuatu.. Setahun kemudian 8hb Ogos 2011 cousin aku yang menguruskan jenazah pak aku meninggal pula..
AL-FATIHAH UNTUK BAPA AKU N COUSIN AKU...
al-fatihah untuk arwah.
ReplyDeletesemoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. amin
p/s: mcm mna x pernah tau ummie akiff ada blog ni. selalu baca blog abg alan je.
Hihihi... Ummie Akiff ni kalau ada masa lapang jer berblogging..
DeleteAl-fatihah untuk mereka. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. :)
ReplyDelete