Wednesday, 13 August 2014

Exam Paper untuk Pelajar Pendidikan Khas.

Baru ja masuk mengajar dua minggu lebih macam-macam kerja perlu diselesaikan.. Semua nak kena buat dalam bulan Ogos ni. Tiba-tiba tarikh ujian Formatif di awalkan.. Aku rasa buat paper exam untuk pelajar aliran perdana lebih mudah lagi berbanding dengan pendidikan khas. Kenapa? Kalau Pendidikan Khas ni... Dalam satu subjek, aku kena buat 3 set paper mengikut tahap kebolehan pelajar. Buku rujukan untuk subjek pendidikan khas ni tidak banyak dan sukar untuk didapati. Haaa... Di sini aku kena reka sikit la soalan-soalan untuk pelajar aku. Banyak menggunakan gambar. Pelajar yang aku ajar ni masih belum dapat membaca dengan baik. Tahap kebolehan setiap pelajar berbeza antara satu sama lain. Alhamdulillah.. Dekat sini kerja aku dimudahkan kerana pelajar Pendidikan Khas kat sekolah aku tidak terikat dengan jadual peperiksaan mereka.


Aku perlu senaraikan dulu kumpulan pelajar untuk setiap subjek. Kalau tak buat macam ni nanti aku lupa.

3 comments:

  1. akak~ jemput baca entri untuk akak. ^^

    http://nurainahanis.blogspot.com/2014/08/sepetang-di-dapur.html

    ReplyDelete
  2. wa sis cikgu pendidikan khas ek :)

    ReplyDelete