Friday, 14 February 2014

Posting ke Sarawak.

Assalamualaikum n selamat pagi semua.. Jumaat lepas pukul 5.30 minit petang.. Aku mendapat khabar berita yang aku sendiri terkejut. Aku di tempatkan di SARAWAK.. Sebelum tu... Pagi Jumaat tu ada orang JPN SARAWAK call aku tanya aku Pendidikan Khas apa? Aku jawab la Masalah Pembelajaran. Hati dah tak sedap dah masa tu.. Aku nampak nombor fon yang bukan dari Semenanjung.. Start dengan 082.... Huhuhu... Aku cuba positifkan diri.. Bila petang tu cek online penempatan....



Nampak tak... Huhuhuhu.. Aku tengok En.Hubby.. En. Hubby tengok aku.. Sama2 berpandangan.. Lepas tu air mata aku menitis n En Hubby peluk aku n kami menangis dalam pelukan.. Huhuhu.. Akiff tengok jaaa.. Dia tanya kami.. AWAAAAT? Aku apa lagi.. Nangis lagi.. N kami bertiga berpelukan.. Huhuhu..

En. Hubby cakap tak per.. Ada masa lagi.. Kita cuba buat rayuan.. Hari isnin tu kami pergi ke KPM untuk buat rayuan.. Memang aku dah agak mesti ramai punya.. Semua yang pergi KPM adalah golongan ibu-ibu.. Ada yang tengah sarat mengandung, ada yang dalam pantang, ada yang bawak anak kecik.. Aduuuuss... Aku kiranya beruntung jugak sebab Akiff dah besar.. En Hubby n Akiff hanya tunggu di luar.. Aku n rakan guru yang lain saja boleh masuk berjumpa dengan pegawai berkenaan.. Kami diberi penerangan bahawa tiada kosong untuk penempatan di semenanjung. Semua penuh.. Dengan panjang lebar pegawai tu berucap.. 
Kami keluar dengan perasaan yang hampa.. Sebab nama sudah ada dalam sistem.. N waran sudah dikeluarkan.. Nak atau tak nak kena pergi jugak..

Sekarang... Sudah beberapa hari berlalu aku dah boleh terima yang aku akan berangkat pergi.. Dan setelah menerima ramai pendapat dari mereka yang berpengalaman.. Aku tak jadi tangguh.. Aku akan pergi lapor diri ke SARAWAK.. Aku dengan guru lain akan ditempatkan di Hotel Goldcourse Klang pada 17hb Februari 2014 untuk orientasi.. Esoknya 18hb Februari 2014 akan terbang ke sana.. 

Aku bersyukur sangat sebab dah ditempatkan berbanding mereka yang belum ditempatkan lagi.. Bukan aku tak nak pergi ke Sarawak.. Bila mengenangkan si Akiff yang sekarang dah pandai Pot Pet Pot Pet n telatah dia buat aku sedih.. Buat aku rindu nanti.. Ibu mana yang mahu berpisah dengan anak.. Hanya seorang ibu atau bapa saja yang pernah berjauhan saja tahu betapa peritnya apabila anak tiada di sisi.. Siapa yang kata aku mengada2 tu.. Try tengok.. Pergi mana2 dalam masa seminggu jaa tanpa anak.. Kalau tak rasa jugak tu memang tak ada perasaan la.. Ampa semua doakan aku TABAH mengharungi hari-hari yang mendatang eek.. InsyaAllah akan cuba balik sebulan sekali.. 

Akiff.. Aku tak risau sangat tinggal dengan abah dia.. Dulu masa study kat UPSI dulu dah pernah tinggal dia di bawah jagaan En. Hubby.. Kalau kat sini Akiff dah serasi dengan Toksu dia yang mengasuh siang hari.. Ada jugak mak n mak mertua aku tanya tak mau tinggal kampung ka.. Tak apa laaa.. Kalau kat sini abah dia ada.. Kalau kat kampung umi n abah dia tak dak.. 

Ampa semua doakan aku menjadi pendidik yang berdedikasi n ikhlas dalam mencurahkan ilmu.. Semoga aku tabah di sana.. Nanti aku akan cerita pengalaman aku di sana.. Jangan boring pulak nak baca.. Hihihi..

16 comments:

  1. alaa..siannya si kecik tu..xpe, btabah la yee..

    ReplyDelete
  2. ini la pengorbanan namanya dik...semoga tabah...sesekali boleh je balik kan..tiket pun dah mmurah dah skrg sbb ada AA....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks.. Itu la..tiket murah skrg.. Fikir positif..

      Delete
  3. Sabar sis... in sha Allah nnt rayuan tu ada hasil yg mgembirakan dan pedulikan pe org nk kata. all the best...

    ReplyDelete
  4. kita sekapal lah kak.. zam pun pendidikan khas di kuching..

    hmm.. kesian kat kak.. dah la ada suami & anak kat semnanjung..

    be strong k..

    ReplyDelete
  5. salam..dtg dr segmen http://syiralokman.blogspot.com/2014/02/give-away-birthday-akiff.html

    ReplyDelete
  6. kak..saya pun akan ke sarawak 2hb nati... :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo... Ya ker? dah tahu sekolah ker? Klu sampai sibu boleh la contact kak.. :)

      Delete
  7. Akk ade x mmber d smk kanowit

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ada member kat sek tu.. 2 org pendidikan khas.. Kenapa yer? Cari umah sewa ker? Kawan akak tu duduk kuarters..

      Delete