Wednesday, 15 August 2012

Salam Lebaran.. ^-^

Salam Lebaran kepada semua rakan-rakan blogger tidak kira di mana anda berada.. Ceewwaaah.. Zaza mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terasa dengan apa yang zaza sampaikan di dalam blog ini.. PEACE.. ^-^




TAHUN NI RAYA HAMPA SEMUA BALIK MANA? Aku n Hubby of coz la ke utara.. ;)

Tuesday, 14 August 2012

Dalam sejarah..

Tahun ni dalam sejarah aku tak buat kuih raya.. Kalau tidak.. Mesti ada dua jenis kuih raya wajib family aku yang aku mesti buat. FLIP JICK n CHOCHOLATE CHIPS.. Setiap tahun mesti saudara terdekat n kenalan duk tanya kuih ni kalau aku tak hidangkan. Tahun ni mesti tanya dengan penuh kehampaan.. Selalu aku buat mesti hantar kat rumah mertua n rumah kat kampung. Itu dah menjadi rutin setiap tahun.. Entah apa yang sedap ntah la.. SEDAP KA? Kembang aku kalau orang puji..

Disebabkan perkara-perkara yang tidak ielakkan aku tidak dapat menunaikannya.. Hihihi.. Ya laa.. Akiff dah semakin aktif dan semua perkara dia nak explore.. 


Gambar ni aku cilok kat blog hubby aku.. Hihhihi.. KLIK SINI tengok.

Masa ni tengah buat kuih FLIP JICK.. Haa... Masa ni boleh la akiff duk macam ni.. Kalau sekarang aku rasa dia duk dalam periuk tuu.. 

Aku fon mak kata tak buat kuih raya tahun ni. Mak aku kata tak payah la buat.. Sat gi kena oven pulak si Akiff tu.. Sat gi dia kalut nak amik kuih kat oven..

Friday, 10 August 2012

Kad raya

Kad raya... Kad raya... Yeaah.. Dapat kad raya dari rakan blogger.. Dari Encik Boni Kacak ni.. Klik je link dia kat SINI. Thanks Boni Kacak yang kacak.. Hahahaha... Kad raya ni merupakan kad raya pertama yang aku terima. Dulu masa sekolah rajin la dapat kad raya. Sekarang ni dah kurang. Kebanyakannya wish kat FB n mesej ja.. 

Dulu kalau dapat kad raya mesti nak gantung kad dinding. Baru la namanya raya.. Hahaha.. Sekarang hanya tinggal kenangan aja laa.. 







p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... BALIK KAMPUNG NANTI PANDULAH DENGAN SECARA BERHEMAH. INGAT LAH ORANG TERSAYANG.. ;)

Thursday, 9 August 2012

Baru...


Haaa... Rasanya semua dah dapat agak rasanya.. Handphone apa yang menggantikan handphone lama aku yang telah lama di dermakan kepada orang lain atas jasa baik Akiff.. Thanks Akiff, kalau tak mesti ummie tak merasa handphone baru.. Hahahaha...




Handphone ni la aku beli. Samsung Galaxy Note. Walaupun aku tau Galaxy Note 2 akan keluar.. Tak apa laa... Kalau Note 2 mesti lagi mahal. 

Haa... Aku survey handphone ni kat samsung Jusco Mahkota Cheras 2 minggu sebelum aku beli. Masa tu dia cakap harga dalam Rm18++... Lepas 2 minggu tanya balik sudah naik.. RM1970.. Hmmm... Harga boleh berubah ka.. Dia cakap handphone macam saham gak.. Boleh berubah-ubah.. Boleh macam tu? Last-last dia yang rugi sebab aku tak beli kat kedai dia. Aku p kedai TAC Mobile.. Kedai ni dia jual segala jenis handphone yang ori la.. Dia cakap.. 


Ni warranty dia..


Ni charger handphone aku mula-mula. Ada problem skit. Mula-mula aku charge... Charge macam tak charge.. Tau tak macam mana? Sat charging sat tak.. Esoknya p tukar dia bagi lain.. Dia kata nak claim balik  charge tu kat samsung company..

Akhirnya apa yang diidamkan-idamkan dapat.. Hihihihi..


p/s : Abah a.k.a Mr. Marqis suruh la Akiff derma nanti.. Boleh dapat baru.. Hihihi..