nuffnang adds

Thursday, 20 August 2015

Permata Hati Kedua..

Tanggal 11hb Jun 2015 aku selamat melahirkan anak lelaki yang beratnya 3.58kg pada pukul 3.50pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor  Setar Kedah.. Jadi orang kedah pulak adik Akiff ni.. Namanya Muhammad Azif Zafri...



Beranak kali ni aku terasa sangat.. Ya laa...Dari KL ke Penang ke Kedah.. Mula-mula kat KL dah warded dah sehari..Bila dah masuk hospital tu dah tak rasa sakit.. Esok tu doktor suruh balik. Lepas tu balik Penang.. Ingat nak beranak kat Penang la.. Pergi Klinik Kesihatan yang dekat dengan kampung tu nurse bagi tahu Hospital Pulau Pinang untuk bersalin normal ja.. Kalau ada kes induce kena pergi Hospital Seberang Jaya sebab Hospital Bersalin tengah renovation.. Jenuh laa.. Jauh dari rumah mak aku. Kalau apa-apa hal susah. Jumpa doktor.. Doktor scan n cakap kandungan aku besar.. Dalam 3.4kg atau 3.6kg.. So, tak leh tunggu lama nanti lagi besar. So, doktor suruh refer hospital. Aku minta surat untuk ke Hospital di Kedah. Balik dari klinik terus siap-siap balik Kedah.

Sampai ja Kedah En. Hubby aku terus bawak aku pergi Hospital terus. Naik kat wad bersalin.. Masuk dalam tu cek n jumpa doktor.. Aku bagi tahu kat doktor kata masa kat KL dah warded n dah bukak 3cm. Dia cek n kacau laluan sikit.. Masa dia usik laluan tu.. Sakit gila.. Sakit sampai terangkat pungkoq aku.. Doktor suruh balik dulu sebab memang wad penuh sekarang.. Dan tanya aku nak datang hospital balik pukul 12 malam ni atau 5 pagi esok. Sebab dia nak buat surat. Aku cakap 12 malam ni la. Takut lak kalau jadi apa-apa.. Bila dah sampai rumah mak mertua aku tu dah mula rasa contraction dia.. Selang 3 minit sakit.. Nak dekat kul 12 malam baru kami pergi hospital balik. Sampai-sampai dah bukak 6 cm.. Doktor yang cek aku tadi pulak yang happy.. Misi dia berjaya.. Aku masa tu dah tak senang duduk dah.. Ada nurse tanya nak ubat sakit tak.. Berlagak.. Aku kata tak mau.. Bukan apa takut ngantuk pulak.. Dah bukak 8cm terus nurse bawak aku pergi labour room n panggil En Hubby.. 

Dalam labour room tu ada dua tiga orang nurse.. Kat bawah tu nampak macam bengkak. Ntah nama apa ntah. Nurse tu cakap aku teran senyap-senyap.. Mana aku tahu teran senyap-senyap ka apa.. Aku rasa dia menyibuk ja kat situ.. Dah la aku tengah sakit.. Datang doktor dia tanya masa anak 1st macam ni jugak ka? Yup.. Ada sorang nurse tu aku kagum sangat.. Dia usaha nak aku keluarkan baby.. Sebab masa tu jantung baby dah mula lemah. Dia cakap teran.. Jangan teran kat muka.. Macam mana tu? Hahaha... Aku pun tak tau.. Memang masa Akiff dulu pun aku teran salah jugak.. Hehehe.. Kena masuk kelas belajar meneran ni.. Hahaha.. Jantung baby dah mula lemah masa tu.. Nurse dah kelam kabut panggil doktor.. Dan decide emergency operate.. Terus nurse tu buat persiapan operate.. Adoi.. Aku dah risau dah..

Masa on the way pergi bilik operate tu sakit masih ada.. Doktor cakap sabar-sabar.. Nak sampai dah.. Bila dah sampai.. Doktor cucuk ubat bius.. Kat belakang. Lepas tu baru lega.. Masa nak operate tu memang tak leh tengok doktor buat apa.. Aku cuma tahu badan aku berhingut-hingut depa keluarkan baby.. Masa baby dah keluar tu memang aku rasa cemas.. Sebab dengar tamparan kat pungkoq tu.. Tampaq sekali dua nangis sikit ja.. Tampaq lagi.. Baru dia nangis berpanjangan.. Aku syukur sangat.. Lega yang amat. Lepas tu baru dapat tengok baby.. Lepas aku cium n nurse tunjuk jantina, Dia terangkan kepada aku baby dalam pemerhatian sebab pernafasan dia tak berapa ok.. 

En. Hubby bagi tahu masa baby keluar tu baby duk dalam incubator.. Mata baby terbeliak ja tengok En. Hubby aku n Kak ipar aku..Macam dia kenal pulak.. Baby Azif ni ada alahan G6PD macam adik aku.. Doktor cakap ni mungkin disebabkan keturunan.. Mujur aku dah tahu serba sedikittentang G6PD ni.. Contohnya.. Macam ubat nyamuk, nila, ubat gegat, tak boleh makan kacang parang, makanan bewarna dan antibiotik dia lain dari budak lain.. So, aku kena alert benda-benda ni la.. Walaupun aku tahu serba sedikit... Tapi, risau tu tetap ada.. 

Alhamdulillah... Sekarang Aziff dah 2 bulan.. Berat pun dah mencecah 5 kg.. Semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat dan berada dalam lindungan RahmatNya... Amiin...

p/s : Baby dah 2 bulan baru nak update.. Hehehehe...

6 comments:

  1. Jalan dah buka sampai 8cm ke zaza? Takpela walaupun terpaksa operate.paling takut dan risau kalau baby lemas. boleh menyebabkan brain damage.walaupun beberapa saat je terhenti nafas. Aliya dulu pun operate sebab heart beat dia drop.yang adik dapat merasa normal. kira sama la kita dapat merasa dua cara baby keluar.hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... tapi baby jauh.. Nak vacum pun tak boleh..

      Delete
  2. Setiap orang ada pengalaman melahirkan anak tersendiri ya. Perkongsian yang baik.
    Saya pun orang Penang dan G6PD
    Lama juga dah tak makan ubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo... Ya ka? Rasanya bila dah besar ni.. Setengah orang dah tak ada dah alahan ni..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...