nuffnang adds

Sunday, 11 March 2012

POSTER

Dah lama aku tak update blog aku ni. Dah bersarang habis. Nak kena mengemas dulu apa yang patut.. Hihihihi..
Kali ni aku nak cerita pasal Course Work aku. POSTER. Haa.. Bukan senang nak buat poster ni. Handmade lagi. Tak guna komputer pun. 

Poster ni mestilah mempunyai ciri-ciri keseimbangan, penggunaan ruang, warna yang menarik perhatian, 'font' yang sesuai dan tema yang sesuai. Tutor aku Puan Shahila Banu minta kami bahagikan kumpulan seramai 2 atau 3 orang satu kumpulan. Aku dan kawan-kawan aku dah cukup 3 orang. Fikir  punya fikir kami pilih tajuk Hutan Hujan Tropika salah satu sub topik subjek geografi tingkatan 1. 


Bahan-bahan yang aku gunakan antaranya kapas, lapisan kotak, gam, water color, benang yang dipintal dan glitter glue. Kapas tu aku gunakan untuk buat daun dia. Lapisan kotak untuk batang pokok. Gambar kat atas ni hampir siap 70%.


Haa.. Ini 99% hampir siap..


Ni la group member aku. Haa.. Yang berbaju kurung tu Nor azlina. Available lagi tu. Yang tengah Wan Syafuri. Sudah berpunya tau.. 


Ni lah hasil karya kami. mendapat pujian dari tutor.. Tapi, font sebelah kiri sepatutnya kena guna color terang lagi. Tersilap teknik daa.. Dalam kelas tu tutor kami bagi average 9/10 ke atas. Means, kalau bukan 9, 10 la.. Hiihihihi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...