nuffnang adds

Friday, 16 March 2012

JOM mendobi... ^-^

Sekarang kan musim hujan.. Haaa.. Waktu ni la perkhidmatan dobi diperlukan. Kat rumah sewa belajar aku (Taman Bahtera, Tanjung Malim) ada dua tempat yang menawarkan perkhidmatan dobi ni. Satu di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) dan satu lagi Kolej Ungku Omar (KUO). Yang ni bukan lah kolej, tapi hostel pelajar UPSI yang dipanggil "KOLEJ".



Gambar di atas ni gambar bilik dobi di KUO.. Bersih bilik dobi dia. Masih tidak tercemar dengan vendalisma..


Perkhidmatan ini dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Perkhidmatan membasuh ni hanya RM2 sahaja penuh satu mesin selama 30 minit. Untuk perkhidmatan dryer sama jugak RM2 selama 45 minit. Perkhidmatan dobi ni mengamalkan perkhidmatan LAYAN DIRI. Haa.. Kalau kita tak ambil baju kita lebih 30 minit tak dikena caj. Kalau kat kedai memang dah kena tambah RM2 nii..


Kalau sapa yang tak ada syiling boleh la tukar kat sini. Mesin tukar syiling ni menerima RM1, RM5 dan Rm10. Syiling yang akan keluar hanya 50 sen saja. Sebab mesin basuh ni nak syiling 50sen saja.


Sebelum letak syiling ni, kena letak baju dan sabun dulu dalam mesin. Lepas tu tutup laa. lepas tu baru letak syiling ni. Tolak bekas syiling ni ke dalam terus mesin tu jalan.. Tunggu 30 minit.. Siap laa..


Kalau nak terus lipat bubuh ja dalam mesin pengering baju..



Gambar atas ni mesin pengering baju. Front door dan tak ada cermin kan.. Gambar kat bawah perlu di beri perhatian. Jangan la sumbat semua baju. Baju yang ada manik-manik ka... Habis rosak baju sebab mesin ni menggunakan suhu yang amat tinggi..




Yang di atas ni ada tunjuk arahan menggunakannya..



Syarikat yang menwarkan perkhidmatan dobi ni Syarikat R Tech Jati Sdn Bhd. Ada 4 mesin basuh dan 4 mesin pengering baju..


Di atas ni model atau duta mesin basuh ni... Hihihhihi.. Jangan marah nooo...


Banyak kan baju yang dah siap dibasuh ni.. Ni la namanya budak rajin.. Hahaha..


Lama tau nak tunggu proses pengeringan ni.. Menyembang punya menyembang, dari satu cerita ke cerita lain. Boleh buat buku rasanya.. Hahaha..




P/S :- Sementara menunggu ni nampak ada sorang mamat ni dalam hujung 30an tengah kutip syiling. Lupa pulak patik nak ambil gambar.. Kaya tau kalau boleh buat bisnes perkhidmatan ni.. Hihihihi...

5 comments:

  1. hmmm.... nnti try tanya dia kalau nak buat bisnez mcm ni boleh tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ari tu nak tanya dah orang tu.. xterkeluar pulak nak cakap apa.. hahahaha..

      Delete
  2. Replies
    1. W'salam.. izan mama mia dobi dan dobi.. hihihi.. singgah la selalu yer..

      Delete
  3. Salam

    Adik saya baru sahaja membuka Kedai Dobi di Taman Bakhtera, CTZ Laundry yang menyediakan khidmat

    - Cucian Biasa
    - Cucian Tangan
    - Cucian Kering Aqua (Wet Cleaning)
    - Ironing
    - Conforter/Toto/Narita/Bedsheet
    - Langsir
    - Dll

    CTZ laundry
    0175285516

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...