Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

Lukisan Akiff!!!



Nampak tak lukisan kat atas tuu.. Aku lukis rumah, pokok n awan kat akiff.. Ajar sikit dia colour.. Tengok.. Cantik tak lukisan akiff? Hihihihi.. Pandai Akiff colour.. Yang colour biru n hijau tu aku la punya kerja.. Hihihihi... Sebelum ni ada aku bg dia pegang pensil.. Laa ni aku bagi dia krayon..

Tak sempat aku nak keek.. Hihihi.. Akiff macam biasa la.. Mula2 ja dia serius.. Lepas tu dia dah start nak main.. Tukar2 tangan.. Aku biar ja dulu.. Kejap dia guna tangan kanan.. Lepas tu tangan kiri.. Last2 guna dua2 belah tangan la senang.. Cepat habis.. Haaaammmeeek..

Kalau nak tahu? Akiff ni pembersih sikit.. Tak boleh tengok tangan dia kotor.. Mesti lari pi dapur nak basuh tangan.. Dua tiga kali jugak la membasuh tangan dia.. Adoiii.. Nak tergelak pun ada..


Psssst : Kalau nak tengok aktiviti sebelum ni KLIK SINI..

Monday, 10 September 2012

1st day class selepas cuti semester..



Cuti dua bulan membuatkan otak aku menjadi tepu. Masuk kelas masih lagi berangan sampai ke rumah. Macam mana la keadaan akiff.. Fikir pulak macam mana la keadaan hubby memandangkan lutut kaki dia terseliuh masa main badminton.. Semalam bila aku cium pipi Akiff sebelum mereka meninggalkan aku di Tanjung Malim membuatkan aku terasa sebak.

Mood raya di dalam kelas masih terasa. Bila masuk saja mesti ada salam bersalaman mengucapkan Selamat Hari Raya.. Aku pun ada bawak kuih raya jugak.. Makan-makan dulu dalam kelas sebelum lecturer sampai.. Hihhihihi..

Kawan-kawan aku masih lagi mood home sick. Semua masih terkenangkan rumah dan anak-anak. Aku pun tidak kurangnya laa.. Macam-macam status FB terpampang rindukan anak.. Rindukan anak dulu yang kedua baru la rindukan suami atau isteri.. Hahahaha...

Itu saja kut.. Semester ni aku berharap pointer aku tinggi dari semester lepas.. Hopefully.. Insyallah.. 

p/s: Ayat aku ni macam skema pun ada klise pun ada..