Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Monday, 21 July 2014

Salam Lebaran dari kejauhan..


Assalamualaikum semua kenalan dan keluarga yang berada di seberang laut sana... Zaza di sini mendoakan kesejahteraan semua di sana.. Sepanjang Ramadhan ini, menjadi satu pengalaman yang baru apabila berbuka puasa seorang diri di sini. Tapi jangan risau ada kawan yang menemani untuk pergi ke bazar Ramadhan di sini. Walaupun, berbuka asing-asing.. Walaupun terasa sedih tanpa Akiff n suami, terpaksa juga ku harungi.. Di kesempatan ini zaza mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua kenalan yang mengenali diri ini dan kepada keluarga tercinta samada di Penang atau di Kedah.. Kepada suami tercinta dan Akiff... Tunggu kepulangan insan tersayangmu ini.. Jumaat ku menyusul.. Salam sayang dari ZAZA...

Ceeeeewaaaaahhh... Macam tulis surat pulak... Biarlaaa... Sesekali nak rasa macam dulu-dulu hantar kad raya.. Nak beli kad raya tak berkesempatan... Bila keluar ja asyik terlupa nak beli.. Hehehe...

Wednesday, 21 May 2014

Ucapan Hari Lahir di Kejauhan..

Assalamualaikum...

Haa... Nampak tak tajuk bukan main puitis gitu.. Hahahaha... 21hb Mei merupakan tarikh keramat lahirnya seorang insan yang bergelar suami kepadaku.. Seorang insan yang amat teristimewa bagi ku.. Seorang insan yang mengambil alih tugas dari arwah bapakku untuk menjaga ku walaupun di kala susah dan senang. Seorang insan yang menjadi tempat mengadu masalah dan berbincang masalah selepas arwah bapakku. Insan tersebut merupakan suami yang penyayang dan bertanggungjawab..

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-31 TAHUN ABANG.. SEMOGA PEROLEH KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. SEMOGA APA YANG DIIMPIKAN DAPAT DICAPAI DAN SUKSES. DAN TERIMA KASIH KERANA SELAMA INI MENJAGA BABY N AKIFF...

Thursday, 1 May 2014

Selamat Hari Pekerja 2014

Gambar aku cilok Google...


Selamat Hari Pekerja 2014 kepada semua pekerja..  Tak kiralah bekerja sendiri ka... Makan gaji kaa... Pekerja swasta ka.. Penjawat awam ka.. Tidak lupa jugak kepada surirumah.. Para suami diminta beri cuti kepada surirumah anda.. Sebab tanpanya surirumah... Rumahtangga tak berseri.. Betul tak? Hihihi... 

Tema Hari Pekerja bagi tahun ni ialah : PEKERJA BERINOVASI PEMACU TRANSFORMASI.

Yang bermaksud Pekerja Yang Berwibawa Mampu Melahirkan Idea-idea Yang Bernas Ke Arah Transformasi Negara..