Showing posts with label Permata Hatiku... Show all posts
Showing posts with label Permata Hatiku... Show all posts

Monday, 28 September 2015

Azif dah boleh meniarap...

Asyik bertangguh ja entry aku ni.. Bukan apa tak ada masa.. Busy la sangat... Hahaha. Sekarang ni Azif dah 3 bulan lebih dah.. Lagi 2 minggu nak masuk 4 bulan.. Sekarang ni Azif dah boleh meniarap ja.. Laju ja dia kalih.. Letak ja terus kalih.. Tak dan dan.. Agak cepat jugak la Azif dah boleh meniarap. 3 bulan 5 hari.. Cepat dari abang dia ni.. Rasanya lagi ligat dari abang dia ni.. Setiap anak lain cabaran nak membesarkannya.. Sekarang ni Azif suka jelir-jelir lidah... Lepas tu air liur asyik menitik ja.. Nak tumbuh gigi paa... Kita tunggu dan lihat dulu.. Hehehe...


Tuesday, 7 October 2014

Lambaian Kasih dari anakku..

Cuti Hari Raya Aidil Adha telah berlalu.. Seperti biasa aku menjalani rutin harian seorang diri di sini. Eh.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.. Tak terlambat lagi kan..


Sedih pulak aku bila Akiff tengah lambai aku.. Sat ja rasa kali ni. Lepas ni 7 minggu lagi baru aku balik Kuala Lumpur. Ummie terpaksa pergi sayang. Doakan ummie cepat-cepat pindah balik Kuala Lumpur eek.. Ummie tak payah pi work jauh naik aeroplane dah..

Saturday, 4 October 2014

Sampai sudah Kuala Lumpur.


Semalam aku sudah selamat sampai Kuala Lumpur. Tak sempat beli hadiah apa-apa kat Akiff masa di Sibu. Hanya beli plane kat KLIA2 ja.. Balik cuti Hari Raya Haji sampai isnin ja.. Lepas tu balik dah.. Huhuhu..

Tuesday, 30 September 2014

Sama Ka? Hmm..


Ada persamaan tak? Selalunya orang akan cakap kat Akiff.. Ooo... Ikut muka abah dia.. Hari tu balik kampung pi rumah bestfreind kawan aku.. Mak dia cakap muka sama dengan aku.. Memang sangat sedikit la orang akan kata muka Akiff sama dengan aku..

Sunday, 28 September 2014

Penang Hill a.k.a Bukit Bendera Pulau Pinang..

Dah bertahun-tahun aku tak pi Bukit Bendera ni. Aku rasa.. Last aku pi masa sekolah menengah. Tu pun masa tu aku hiking bukit bendera anjuran Kelab Belia 4B... Lama kan? Hampir belas tahun ada gak aku rasa. Kalau ikutkan memang malas aku nak pi naik Bukit Bendera ni.. Dah faham dah.. Kalau nak naik tu tak apa.. Nak turun tuuu... Kena banyak bersabar la yer... Orang akan berebut turun kalau lambat... 

PARKING

Bab parking ni menyeksa sikit. Kami sampai di perkarangan Bukit Bendera tu dalam pukul 10 macam tu.. Memusing kami cari parking.. Keluar masuk balik.. Ada dalam 3 pusingan jugak la mencari parking kat kawasan situ.. Ada kawasan parking disediakan, tapi FULL. At last dapat parking kat sebelah kawasan perumahan. Haa... Kat kawasan perumahan rumah teres sebelah kanan tu ada jual Jeruk Buah Pak Ali. Kalau hangpa semua nak beli boleh la singgah situ.. Terlupa aku nak ambil gambar.. Aku sarankan hangpa semua mai Bukit Bendera ni lepas subuh.. Senang nak cari parking dekat sikit. Tak apa.. Kaunter Tiket dah bukak dah awal jam 6.30 pagi.

TIKET


Harga tiket kalau bagi adult my kad RM8.. Kalau Child (4-12 tahun), warga tua, dan student (klu student U atau Kolej tu sila tunjuk student card yaa..)  RM4. Ada jugak harga pakej family kat situ.. Sila-sila tengok gambar kat atas tu eek.. Akiff masuk FREE ja sebab baru umur 3 tahun... Haaa.... Jangan lupa bawak MY KAD la eekk... Kalau tak... Bayar la harga biasa. RM30.. Jadi warga asing sat... Hahaha... Masa beratur beli tiket cepat ja...


Sebelum nak sampai di tempat menunggu train tu.. Ada laluan yang mengisahkan sejarah pembinaan dan replika train yang dulo-dulo.. 


Dah sampai dah tempat menunggu.. Kami tunggu tak sampai 30 minit train dah sampai.. Dalam 10 minit ada kut..


Akiff tengah excited nak naik train tu... Tak sabar duk jenguk ja..  Mana la train ni tak sampai-sampai lagi.


Train sekarang tak macam dulu.. Laju ja.. Macam train KLIA Transit pun ada... Sesekali tu ada rasa bengang kat telinga...

CLIFF CAFE

Sampai-sampai ja situ hangpa akan nampak cafe dia dulu.. Cafe dia ni pelik sikit dan aku rasa macam susah pun ada gak.. Sebabnya... Bahagian minuman di sebelah bawah... Bahagian makanan di sebelah atas... Macam payah pun ada gak... Masa ni Akiff tak boleh duduk diam.. Nampak mainan ja... 


Aku makan Char Keow Teoy ni.. Nampak macam sedap kan.. Tapi tak berapa menyengat pun Char keow teoy dia.. Tak memenuhi citarasa aku.. Tak tau la pulak kalau hangpa punya citarasa.


Ais kacang ni memang best.. Aku suka.. Aku bagi 5 bintang... Hmmm... En. Hubby aku makan 2 ketul ayam n 2 ketul karipap. Harga kat Cafe Bukit Bendera ni agak mahal la bagi aku..

OWL MUSEUM

Kat bawah cafe ni ada OWL MUSEUM... Tapi replika ja... Kami tak masuk pun... Ingatkan ada burung hantu betul.. Replika ja..

PAD LOCK


Atas Cafe ni ada Pad Lock Love... Alaaa.... Macam kat Korea tu... Tak payah pi jauh-jauh... Pi Bukit Bendera ja... 


Nampak tak Akiff? Nak tangkap gambar dia cukup main payah kalau dia tak dak mood nak bergambar.. Banyak tarikan kat situ..


Bukan main Akiff membelek-belek pad lock kat situ..


Haaaa.... Aku sarankan hangpa bawak pad lock sendiri.. Macam Pad Lock T-Shirt tuu... Kalau nak beli.. Bukan main mahal lagi.. Pad Lock yang biasa ja macam yang kuning tu.. RM30++.. Tak berbaloi.. Tapi yang bentuk LOVE warna putih n pink tu murah ja..

KAWASAN RIADAH


Kat bukit bendera ni ada kawasan riadah.. Best jugak kalau bawak anak yang dah umur 5 tahun kat atas ni.. Macam Akiff nak main pun boleh gak tapi kena ada pemantauan dari ibu bapa la..


Aku tengok gambar En. Hubby yang cantik.. Gambar aku n Akiff muka kerekot disebabkan panas.. (Kerekot tu macam kerut muka la bila kena panas matahari).. Hahaha... Pekat betul loghat utara aku..


Akiff naik kuda kayu..


BUGGY



Buggy ni kami tunggu ada gak dalam 30 minit.. Nasib tak baik masa tu depa semua pi makan serentak.. Yang pi makan serentak pasai apa tak tau.. Pi la makan bergilir-gilir.. Jenuh menunggu.. Bila mai time kami baru tau buggy ni ada 2 syarikat.. Dah lama menunggu.. Tunggu aja lah..Nanti pi kat sana pun tunggu.. Buang masa ja.. Haa... Satu buggy ni naik RM30.. Maksimum orang naik satu buggy ni 6 orang.. Dia akan bawak kita round kawasan Bukit Bendera ni..


Nampak muka Akiff masa ni macam tersepit dek angkara Ummie n Abah ja... Padahal mood bergambar Akiff masa ni ke laut... Hahaha..


Nampak tak peti surat ni.. Kalau tak silap aku.. Peti surat ni lagi 4 tahun cukup 200 tahun... Ada 2 saja kat Malaysia ni.. Lagi satu kat Melaka..


You've NEVER been to Penang Unless You Been to Penang Hill..

MASJID

Disebelah atas sekali ada disediakan masjid.. Kat bawah sikit tu ada kawasan Playground dan sebelah Playground tu ada Kuil..

TEROPONG PENINJAU



Sebelum balik tu singgah kat sini dulu.. Boleh teropong apa yang patut.. Tapi sebelum tu masukkan RM1 dulu.. Baru teropong ni berfungsi..

Haaa.... Bab nak balik turun bawah ni yang buat kena bermimpi dulu.. Yaa laaa.... Orang nak turun pulak berduyun.. Tambahan pulak masa nak turun kalau turun sekali dengan rombongan sekolah.. Berjanggut la beratur nak naik train..

SAMPAI SUDAH


Sampai sudah kat bawah... Kita tangkap gambar kenangan satu... Hehehe...


Haaa... Ni la padahnya kalau pakai kasut tak kena tempat.. Dah sampai kat bawah aku dah surrender dah nak jalan pi kat kereta.. Bukak kasut jalan.. Sakit kaki woooiii... Aku sarankan pakai kasut flat yaa... Bukan kasut tumit tinggi..

Berlagaknya Akiff..


Nampak tak cara dia minum air? Berlagaknya.. Tangan sebelah tahan kat drawer tu. Masa ni kat kampung rumah mak chaq aku. Dia ajak aku teman dia minum air. Bila aku tengok dia berdiri santai ja macam tu.. Apa lagi... Snap la.. Hihihi..

Wednesday, 24 September 2014

Taman Anggur Sungai Batu Pahat, Perlis..

Percutian ni En. Hubby aku yang selalu uruskan. Aku main ikut jaa... Kalau bab nak survey bagai terserah pada En. Hubby aku. Aku tak sempat nak survey.. Dah En. Hubby aku yang buat semua..Hehehe... Masa kami pergi Taman Anggur masa ni bukan musim buah anggur. Pokok anggur ni akan berbuah hanya 4 bulan sekali ja.. Mula-mula nak mencari tu punya la payah.. Sepatutnya aku Waze Taman Anggur.. Tapi aku pi Waze Ladang Anggur mana nak jumpa.. Haa.. Sebelum nak sampai Taman Anggur ni. Jumpa simpang nak ke Taman Ular sebelah kanan. Tapi hanpa straight ja...

Aku kongsikan gambar yang sempat aku ambil..







Kalau nak tau cerita n gambar yang best lagi mai klik blog En. Hubby  (klik) aku..

Sunday, 14 September 2014

Wajah Akiff bila jumpa ummie.


Kami sampai kampung dalam pukul 10.  Muka baru bangun tidoq.. Tersengih-sengih muka bila jumpa aku.. Peluk sakan aku. Bukan main manja lagi. Lepas rindu aku.

Saturday, 13 September 2014

Tak sabarnya jumpa Akiff..


Kali ni balik KL aku tak disambut oleh Akiff.. Sebab Akiff kat kampung. Dah 3 minggu dah dia kat sana. Sebab tok su dia baru dapat cucu. Buat sementara ni memang tak boleh jaga la Akiff.. Sekarang ni aku on the way nak balik kampung.. Tak sabarnya.. Apa khabarmu anakku?

Monday, 1 September 2014

Kak Yang Akiff...



Nampak tak gambar atas ni.. Haaa... Akiff dengan awek comel la.. Bukan main kan? Ni la KAK YANG Akiff.. Akiff kalau jumpa Kak Yang dia..Ummie n Abah letak tepi dulu.. Hahaha... Asyik Kak Yang ja.. Kan sekarang ni Akiff kat kampung.. Bukan main dia.. Mak Tok dia cakap bangun pagi cari Kak Yang... Nak tido pun nak Kak Yang lagi.. Kesian kat Kak Yang.. Akiff asyik merap Kak Yang jaa... Tapi, sekarang ni Kak Yang dah ada kat Kelantan. TAHNIAH Kak Yang coz dapat sambung study kat UiTM Kelantan.. Akiff kata Kak Yang pi work jauh.. Hehehe... So, Akiff tak cari Kak Yang la.. Akiff kalau bagi tau kata Kak Yang pi belajaq dia tak faham lagi. Walaupun Kak Yang dah pi belajaq.. Dont Worry... Ramai geng Akiff kat kampung nooo... Hehehe...



Monday, 25 August 2014

Akiff di kampung.


Akiff tiba-tiba kena hantar kat kampung.. Sebabnya toksu dia yg mengasuh dia tak boleh nak jaga dia buat seminggu ni.. Toksu dia dapat cucu yg kedua.. Terpaksa la Akiff dihantar Ke kampung.. Nanti macam mana la abah nak balik KL nanti.. Kesian Akiff.. Abah kat KL.. Ummie kat Sibu.. Nasib la Akiff ada ramai geng kat kampung..

Thursday, 21 August 2014

Solivite pilihan Akiff..

Picture by Google..

Akiff memang suka gila dengan Solivite.. Bila telefon hubby aku.. Tanya Akiff buat apa? Mesti tengah minum Solivite.. Dalam sehari tu boleh berbotol-botol.. Tapi sekarang ni hubby aku hadkan.. Stop seminggu jap.. Hari ni baru beli.. Bukan apa.. Risau dengan kandungan gula dalam solivite tu.. Kalau dah sampai sehari berbotol-botol minum.. Sapa yang tak risau.. Ampa semua rasa solivite ni bagus ka?

Lupa pulak nak bagi tahu.. Akiff memang tak boleh minum vitagen n yakult.. Masa umur dia setahun lebih pernah bagi dia minum. Lepas minum dia cirit. Ni dah umur 3 tahun tak tau la pulak dia masih allergic lagi ka tak dengan vitagen n yakult..

Wednesday, 20 August 2014

Ole-ole untuk Akiff.


Nampak tak hadiah untukAkiff.. Hehehe.. Aku bila nampak mainan berkaitan dengan transport memang aku teringat Akiff.. Airoplane ni kecik ja. Diperbuat daripada kayu. Saja beli aeroplane.. Nak bagi Akiff ingat kat aku.. Hehehe... Jeles tau... Asyik sebut abah dia ja.. Aku Whatsapp gambar ni ke hubby aku suruh tunjuk kat Akiff.. Akiff nak.. Tapi kena tunggu aku balik cuti sekolah ni la.. Akiff cakap OKEY... Hihihi...

Monday, 4 August 2014

Soalan cepu emas untuk Akiff..

Assalamualaikum...

Aku dah selamat sampai di tanah Borneo iaitu Sibu semalam.. Masih terngiang-ngiang suara pot pet Akiff.. Baru sampai semalam dah rindu Akiff dah.. Huhuhu..

Baru ni Akiff dapat soalan cepu emas dari Tok Jah dia a.k.a mak mertua aku.. Sekarang ni Akiff dah pandai menjawab dah.. Kalau soalan yang dia malas nak jawab tu dia buat tak tau ja.. Baru ni balik kampung Tok Jah dia tanya....

Tok Jah : Akiff... Akiff nak ikut ummie tak pi naik aeroplane..
Akiff : Hmmm... (dia diam ja mula-mula tu. Lepas tu dia senyum.) Nak.
Tok Jah : Tapi abah tak pi tau.. Akiff pi dengan ummie ja..
Akiff : Abah mai la.. Abah pi laa..

Lepas tu dah banyak sangat soalan yang sama aku tanya.. Hari aku nak berangkat tu aku tanya Akiff lagi sekali.. Nak tau Akiff jawab apa?

TAK PAYAH... Akiff ikut abah.. Haaa.... Hameek kau.. Dah jawab banyak kali kata tak mau tu tak faham.. Hahahaha.. Anak abah la katakan..



Friday, 25 July 2014

Wajah Arjuna Beta...

Assalamualaikum... 

Tak sabarnya aku hari ni.. Kerja dah settle.. Mood nak balik dah datang ni.. Tapi flight aku malam ni.. Huhuhuhu.. Akiff tunggu ummie balik eek...

Rindu budak kecik ni sorang.. Huhuhu... Tengok dia senyum.. Bila fon abah dia cakap tengah tengok tab.. Tapi akiff ni bila ada budak baya dia.. Dia boleh tinggai tab dia.. 


Nampak tak? Masa ni Akiff tengah "tolong" abah dia lipat baju.. Hahaha... Rajin kan abah Akiff.. Hehehe...

Wednesday, 16 July 2014

Talkative Akiff..

Tadi balik dari sekolah terus aku call Tok Su Akiff (Pengasuh Akiff).. Mujur Akiff belum tido petang lagi.. So, sempat la bercakap dengan dia walaupun sekejap.. Terubat rindu bila dengar suara dia.. Kalau aku call En. Hubby lagi la.. Dia lari mengekek gelak tutup muka dengan bantal tak mau cakap dengan aku.. Akiff kalau ada abah dia... Dia gedik sikit.. Hahaha... Kalau call Tok Su Akiff dapat la aku cakap dengan dia..

Hari ni Tok Su Akiff cakap dia mengadu pasal kejadian semalam... Akiff cakap umah kotoq... Abah Vacum... Akiff takut... Akiff makan aiskrim... Pot Pet Pot Pet... Jenuh melayan.. Hahaha.. Okay aku terjemahkan eek.. Rumah kotor sebab Akiff makan roti habis bersepah.. Dah bersepah tu abah dia ambil vacum.. Disebab kan Akiff ni penakut Vacum dia nangis la... Lepas tu dia cakap la dia makan aiskrim masa keluar dengan Abah pi jalan-jalan.. Hahaha... Haaa... Lagi satu... Tok Su Akiff cakap dia bawak wisel. Lepas dia tiup dia ketawa.. Tiup... Ketawa.. Tiup Ketawa... Hahaha... Biasa la dapat benda baru..

Tak sabarnya nak balik nak dengar dia pot pet pot pet...


Tuesday, 1 July 2014

Akiff main permainan tradisional..

Assalamualaikum...

Baru-baru ini... Tak baru la sangat.. Cerita dah lama dah.. Hahaha.. Akiff balik kampung kat penang.. Bila balik penang mesti dia nak main kat luar.. Sebab kawasan kampung.. Kalau balik kedah dia pandai pulak bangun pagi-pagi tak kalut nak main kat luar.. Tahu dah keadaan macam mana.. Sebab mertua aku duduk rumah taman...


Haa... Permainan tradisional.. Guli.. Pernah main tak masa kecik-kecik dulu.. Akiff masih berpeluang main guli bila balik kampung... Kalau duduk kat KL nak main kat mana la.. Rumah pun bertingkat-tingkat bukannya rumah teres..


Nampak? Ada gaya tak? Hahaha...

Nampak tak "asa" tengah mengarah tuuu...


Yang pakai singlet tu adik aku yang bongsu.. Baju pink tu Kak Yang akiff.. Pantang nampak Kak Yang.. Keja nak merap Kak Yang ja.. Rapat sungguh dia dengan Kak Yang..


Haa... Dah ramai dah.. Ni kawasan rumah aku kat kampung..



Nampak? Macam-macam gaya ada.. Akiff bukan main cekak pinggang...



Thursday, 26 June 2014

Suka berbisik.. Pssst..

Assalamualaikum...

Masa dalam kereta.. Akiff suka sangat nak berbisik kat abah dia.. Walaupun abah dia tengah drive.. Padahal tak ada apa pun.. "Psssstt.. Pssstt.. Parking.." Hahaha... Boleh pulak last-last dia sebut parking... Abah dia pun suruh la Akiff bisik kat aku pulak.. Nak tahu Akiff jawab apa? 


Haa... Itu jawapan dia.. Ummie tak ada telinga.. Hahaha.. Ya laa.. Aku pakai tudung.. Mana dia nampak telinga aku.. Hahaha.. Aku pun kata la.. Telinga ummie kat sini sambil tunjuk..


Hahaha... Bisik jugak dia.. Walaupun berkali-kali kata aku tak ada telinga..