Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Friday, 18 July 2014

Al-Fatihah kepada semua crew dan penumpang MH 17.

Semua sedia maklum bahawa kita dah mengetahui apa yang terjadi ke atas MH 17 ini.. Apa yang berlaku ke atas MH 17 ni membuatkan aku rasa teramat sedih.. Dalam penerbangan ni ada pramugari yang aku kenal.. Aku kenal keluarga beliau.. Masih rasa terkejut dan tak percaya.. Harap keluarga beliau tabah menghadapinya.. Berat kita memandang... Berat lagi bahu memikulnya.. Al-Fatihah kepada semua crew dan penumpang MH17. Dan Takziah kepad keluarga mereka.. Harap tabah mengharunginya..


Monday, 26 May 2014

Piala THOMAS Milik Jepun pertama kalinya..

Assalamualaikum... 

Semalam perlawanan badminton merebut Piala Thomas yang mendebarkan.. Aku yang tengok ni bagai nak luruh jantung tengok.. Kecewa tu memang ada.. Tapi bangga dengan skuad badminton Malaysia kita.. Penuh bersemangat.. Kita kalah di tangan Jepun 3-2... Apa-apa pun SYABAS skuad Badminton Malaysia..


Ehsan Google..

Sunday, 25 May 2014

Pengesanan DNA Porcine dalam coklat susu dengan kacang Hazel dan Badam Cadbury.

Assalamualaikum...

Terkejut aku bila mendapat berita menyatakan perkhabaran bahawa ada DNA Porcine atau lemak babi dalam Coklat susu Cadbury dengan Kacang Hazel dan Badam... Adoiiiyaaaiii.. Aku ni merupakan salah seorang peminat Coklat Cadbury tegar.. Macam mana la boleh jadi macam ni.. Lepas ni... Ehemm.. Tahu-tahu saja la.. Aku akan tengok dari jauh saja kut coklat ni..

Di bawah ni aku copy paste dari website KKM..

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:
  • Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan
  • Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).
Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq 

KLIK SINI untuk selanjutnya..

Tuesday, 25 March 2014

Tragedi MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Assalamualaikum...

Tanggal 8 Mac 2014 merupakan tarikh keramat di mana MH370 hilang entah Ke mana. Berita yang menggemparkan seluruh dunia.. Bagaimana perasaan keluarga mangsa MH370 masa tu agaknya? Mesti bercampur baur.. Resah.. Risau.. Takut.. Keliru.. Aku yang dengar pun fikir macam-macam..

Selepas 17 hari iaitu 24 Mac 2014 berita yang ditunggu sudah terjawab.. MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.. Masa tu aku kat kedai makan.. Perasaan hiba dan sayu turut terasa. Bayangkan keadaan Lautan Hindi tu macam mana.. Sangat lah bergelora.. Bagaimanalah perasaan mereka yang berada di dalam pesawat tersebut? Tambahan pula perasaan keluarga mangsa ketika menerima perkhabaran tersebut.

Aku hanya mampu berdoa dari jauh.. Ya Allah.. Kau tabahkan lah hati mereka.. Semoga keluarga penumpang MH370 akan terus tabah dan kuat.. 

Al-Fatihah dan Takziah kepada semua penumpang dan crew MH370.. AMIN..

P/S : Aku turut bersedih dan ku harap janganlah anda-anda di luar sana membuat sebarang spekulasi yang boleh memeritkan lagi hati keluarga penumpang..

Tuesday, 18 September 2012

Apa nak jadi..



Gambar ihsan dari Facebook..


Aku tak faham betul dengan budak zaman sekarang.. Astaghfirullah Hal Azim.. Mintak dijauhkan dari anak-anak aku, adik beradik dan keluargaku terjadi sebegini..

Kenapa sampai begitu sanggup mencampak anak dari tingkat 3. Kalau tak mahu bagi saja kat orang lain yang mahukannya.. Aku hairan betul.. Kita kalau dah melahirkan anak tu mesti terbit perasaan sayang kita terhadap anak tu. Aku tak tahu apa yang difikirkan oleh ibu kepada anak yang tidak berdosa ini. Mungkin dia rasa stress atau berada dalam keadaan yang tidak stabil. 

Sedih betul aku tengok.. Harap dijauhkan la dari keluarga ku benda-benda macam ni..