Showing posts with label Sibujaya. Show all posts
Showing posts with label Sibujaya. Show all posts

Wednesday, 10 September 2014

Mural Kelas Pendidikan Khas in progress..


Haa... Gambar di atas ni rangka lukisan Mural... Ni bukan aku lukis tau.. Aku mana pandai lukis mural yang cantik macam ni.. Ni hasil dari jari runcing cikgu Aziz.. Cikgu Aziz ni cikgu seni.. Memang terrer la dia lukis.. Sekejap jaa... Tak sempat pulak nak ambil gambar dia.. Dia juz buat lakaran..  



Haa.. Bahagian warna ni tunggu hasil dari student aku, Cikgu Pau n Ramlah.. Ni belum habis warna lagi.. Ada cadangan nak buat mural kat kelas belakang lagi. Nanti bila dah start lukis aku tangkap gambar.. Hihihi..

Monday, 8 September 2014

Cuti Merdeka Ke Belawai

Cuti Merdeka 3 hari aku dan kawan-kawan aku ke Belawai. Kami pi konvoi 3 kereta. 2 kereta lagi tu kawan kepada kawan aku. Sebnarnya kami tak tau jalan nak ke sana. So berkonvoi la 3 kereta. Tapi bila balik ke Sibu tu kami satu kereta ja.. Sebab yang 2 bijik keta lagi tu nak pi berjalan tempat lain pulak.  Nasib masa balik tu tak sesat. Ingat-ingat lupa jalan.. Hahaha.. 


Perjalanan kami mengambil masa dalam 1 jam lebih.. Kalau nak suruh aku pi lagi sekali tak tahu la aku ingat ka tak.. Kiri kanan hutan.. Rasa jauh ja perjalanan tu.. Tapi masa nak balik tu macam cepat pulak..


Akhirnya dah sampai... Siap ada banana boat lagi tuu.. Tapi aku tak naik pun.. Niat hati hanya nak pi berkelah ja..


Kat atas niperaturan-peraturan dia.. Siap ada peraturan lagi. No telefon nak dihubungi pun ada. No telefon dia : 0138017834 / 0138027834.


Kat atas ni ada disenaraikan kemudahan yang ada.. Dia tak buka kaunter. Kita pi ja pilih meja mana kita nak duduk. Nanti ada sorang makcik datang kutip duit meja. Kalau nak Barbeque pun boleh.. Kalau sapa yang nak barbeque tu boleh la pilih meja yang dekat dengan tempat bakar dia.. Bagi tau ja kat mak cik tu kata nak Barbeque.. Lepas tu bayar la.. Tak adanya free.. Hehehe..  Arang pun dia ada jual..


Haa... Yang ni Kolam Mandi Kanak-kanak.. Memang tak boleh elak.. Masuk-masuk ja akan jumpa benda ni dulu.. Hehehe... Ni kalau Akiff ikut ni mesti dia nak terjah sini dulu punya...



Ni Chalet dia.. Semalam RM50 / RM60... Kalau siang saja RM30 / RM35.. Ikut saiz bilik.


Kalau redup boleh berehat kat sini..



Ada meja yang berbumbung.. Tengok budak-budak ni main pasir teringat kat Akiff. Kalau Akiff ada mesti best.



Nampak tak hujung sana? Kat situ depa tengah kambus kawan depa.. Hahaha.. 



Ni meja yang kami pilih.. Haa... Yang baju biru tuu housemate aku Nora. Yang baju putih tu kak sham.. Yang baju kuning tu ila. Salam perkenalan.. Hihihi..


Baby Iman pun ikut sekali... Best la dia berjalan jauh..  Jom layan kami bergambar...Sila la jamu mata eek.. Hihihi...











Friday, 5 September 2014

Akiff ada adik?

Amboi... Tajuk bukan main kan? Hahahaha... Belum ada rezeki lagi.. Hehehe.. Akiff ada adik angkat kat Sarawak ni.. Housemate aku dah balik Sarawak. Dia bawak la anak dia ke sini. So, rumah aku ni ceria dengan suara baby la.. 


Ni la anak housemate aku. Nama dia Muhammad Azhfar Iman. Aku panggil Iman jer.. Hihihi..

Wednesday, 3 September 2014

Bila tiada talian telekomunikasi...

Semalam hujan lebat mencurah-curah di Bumi Sibu ni.. Masa tu aku n kawan aku baru nak balik dari bandar Sibu ke Sibujaya. Aku yang memandu kereta.. Perasaan risau, berdebar-debar hanya Allah saja yang tahu. Dengan air naik kat jalan la.. Dengan angin laa... Alhamdulillah kami sampai di Sibujaya dengan selamat. Sampai saja rumah, elektrik tak dak pulak.. Tak apa laa.. Tapi yang aku tak boleh duduk dengan senang hati ialah bila line telefon aku tak dak langsung.. Pergi duk kat pintu depan pun tak dak.. Aku sua handphone aku kat tingkap pun tak dak jugak. Bukak broadband kut aku boleh ber'FB'.. Nak bagi tahu kat my hubby yang line fon aku tak dak.. Tapi hampeh..Broadband pun tak ada coverage. Huhuhu.. Pukul 6.20 pm dah ada elektrik. Lepas tu housemate aku balik. Mujur handphone dia ada jugak line. Walaupun kejap ada kejap tak ada. So, boleh la aku bagi tau My Hubby apa yang belaku..

Fuuuuhhh... Tak boleh duduk diam aku bila line telefon tak ada... Huhuhu...

Thursday, 28 August 2014

Satu minggu yang busy..

Minggu ni merupakan minggu yang busy dan letih. Memang aku agak letih di hari yang dilalui ini. Keletihan aku.. Fuuh.. Kat sekolah aku ada Temasya Sukan Tahunan 2014. Aku bertugas sebagai AJK makanan.. Haa.. Makanan ja pun.. Ingat tak letih ka? Letih woo.. Nak agih makanan ikut AJK. Nak bagi kat guru n murid lagi. Nasib baik ada murid yang membantu..

Kat bawah ada tatapan gambar untuk Semua.. Hehehe..





Monday, 18 August 2014

Ramah Tamah di Sibujaya.

Minggu lepas aku ada tumpang kawan aku buat open house.. Rupa-rupanya orang Sarawak panggil Jamuan Raya tu "Ramah Tamah".. Aku baru tahu.. Hehehe.. Alang-alang kawan aku nak buat.. Aku tumpang sekaki la.. Buat di rumah dia.. Memang minggu tu agak kelam kabut la.. Kalau ikut perancangan nak buat hari Sabtu.. Tiba-tiba kawan aku ni kena pergi Kursus Bahasa Malaysia.. So, kami tunda hari Ahad. Memang kelam kabut la.. Ada yang aku terlupa panggil tu aku pohon kemaafan laa.. Sorry.. Huhuhu..



Kami bahagi dua menu mana yang nak disajikan.. Antara menu yang kami pada hari tu ialah...
1. Bakso
2. Laksa
3. Kuah kacang.
4. Rendang.
5. Nasi himpit a.k.a ketupat nasi.
6. Kuih raya.
7. Air sarsi..

Banyakkan? Mujur kawan aku import pembantu 4 orang student dia.. Hehehe.. Dapat la bantu kami..


Antara tetamu yang hadir..


Ni student aku.. 3 kali dia datang singgah.. Hahaha... Mujur kawan aku faham.. Aku dah agak dah dia akan ulang mai... Rumah dekat ja,. Hahaha...



Saturday, 24 May 2014

Lukisan Warna Warni

Assalamualaikum..

Ada salah seorang pelajar aku ni dia kalau warna suka campur warna.. Habis semua warna dia nak warna..


Ni la pelajar kesayangan aku ni.. Pelajar ni Sindrom Down. Nampak tak gambar di atas? Tu pun dia campur-campur warna jugak.. Dia ni kalau buat sesuatu kerja kita kena tengok.. Kalau tidak habis dia conteng..



Nampak tak lukisan dia? Walaupun campur aduk warna tapi cantik jugak.. Aku berkenan dengan kombinasi warna dia..


Pssstt : Segala paparan ini bukan untuk memperlekehkan seseorang itu.. Tapi hanya untuk berkongsi pengetahuan bersama ampa semua tentang pelajar di pendidikan khas..

Friday, 23 May 2014

Projek Alas Gelas

Assalamualaikum...

Minggu ni minggu peperiksaan.. Untuk pendidikan seni aku ada mintak pelajar aku untuk buat satu projek untuk dorang siapkan dalam masa 2 minggu.. Yang mana boleh buat ni ambil masa seminggu ja..  Aku mintak dorang buat alas gelas yang berbentuk anyaman. Aku minta dorang buat rangka dulu sebelum mulakan. Mereka ni agak lemah dalam bab mengukur ni.. So kena tolong la jugak..


Nampak tak bukan main tekun lagi..

Taraaaa... Ni la hasilnya..

Cantik tak? Comel tak?

Wednesday, 30 April 2014

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak 2014

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak 2014 berlangsung dari 28hb hingga 30hb 4 2014... Kat sini aku muatkan gambar-gambar yang berlangsung sepanjang perjalanan acara sukan.. Terutama pelajar PPKI SMK SibuJaya.. 


Waaa... Dapat tag pegawai lagi...


Tengah menunggu acara lontar peluru dan melempar cakera..

Ramainya penonton..




Nampak tak pelajar yang kat depan tu tengah semangat practice nak lontar peluru..



Cikgu-cikgu pun semangat jugak tuu... Hahaha..

Muka takut tunggu 4 x 100m..



Masa ni singgah Giant masa break time.. Siap massage lagi.. Hilang sikit sakit kaki tu..


Bergambar dengan cikgu kesayangan mereka.. Hihihi..

Masa ni acara 100m.. Bukan main laju depa pecut.. Huhuhu.. Kecut perut aku tengok..


Pemandanga yang indah di sini..

Sempat lagi berposing sebelum acara perbarisan penutup.. Hihihi.. Yang tengah tudung hitam tu Penyelaras PPKI SMK Sibu Jaya yang berdedikasi.. Aku kagum dengan semangat beliau..

Perarakan bermula...


Stadium Tun Zaidi Sibu



Nampak tak ada cikgu yang tengah terjemahkan bahasa isyarat semasa ucapan berlangsung..



Habis sudah... Jom... Kita bergambar..