Thursday 22 October 2015

Jerebu makin teruk..

Gambar ambil dari Google Image..

Dah 4 hari aku tak bekerja kerana dicutikan akibat jerebu.. Aku dengan Azif memang tak ke mana la.. Terperap ja dalam rumah.. Aku duduk rumah pun buka pintu dapur pun dah bau asap. Inikan pula nak keluar dengan Azif yang baru saja 4 bulan.. Cuma Akiff ja kena pergi sekolah sebab sekolah dia ada latihan persembahan dan kerja-kerja sekolah yang dia tak sempat buat.. Masa aku cuti berpantang pun dia ikut cuti sekali tu yang banyak tertinggal.. Bila keluar memang Akiff akan pakai topeng la.. Takut nanti dia jatuh sakit pulak.. Yang aku duduk rumah pun dah mula selsema n gatai hidung dah.. Harap jerebu akan berkurangan dan terus hilang.. Ni semua kerja manusia yang tak tahu menghargai alam semesta.. 

p:s - Jaga kesihatan yer semua...

No comments:

Post a Comment