Sunday, 1 January 2012

Welcome 2012 ^_^

WELCOME 2012..
GOOD BYE 2011..

Tahun 2011 aku lalui penuh dengan suka dan duka.. SUKA? Saat suka apabila aku melahirkan baby boy.. Penantian selama 9 bulan 10 hari berakhir apabila Muhammad Akiff Mirza dilahirkan pada 23 Mac 2011 jam 1940.. Betul-betul selepas azan Maghrib berkumandang. Lega dan bahagia bila merasai pengalaman tersebut.. Semua orang menantikannya lahir ke dunia. Sinar bahagia yang menyinar kembali selepas kehilangan bapak kesayanganku pergi ke Rahmatullah.. Sayang, Akiff tak sempat kenal dengan tok wan Aq nya yang suka buat lawak. Tapi tak apa, Akiff masih ada tok wan Het untuk bermanja. Tahun 2011 juga aku mendapat berita yang selama ini aku tunggu-tunggu. GSTT akan diserap dengan syarat mengajar 2 tahun ke atas. Alhamdulillah.. Penantian aku berakhir. Tak sia-sia aku sabar menunggu. Allah itu Maha Adil dan Penyayang.

DUKA? Setahun 2 hari selepas pemergian bapak kesayangan ku pergi. Sepupu aku pula pergi menyambut seruan Ilahi. Tiada lagi tempat untuk kami menumpang kasih dan pengganti kepada bapakku. Semoga rohnya dan arwah bapakku di tempatkan di kalangan orang beriman.. Amiinnn.. Al-Fatihah..

Tahun 2012 kini menjanjikan cabaran kepadaku. Cabaran sebagai seorang pelajar, pendidik, ummie kepada anak aku dan isteri kepada suamiku tercinta. Aku akan menjadi weekend wife and ummie. Kenapa? Aku akan belajar semula di UPSI (Diploma Pendidikan). Entah dapat ka tidak aku mengharungi hari-hari tanpa ditemani Akiff tidur disisiku setiap malam. Ya Allah berikan lah aku kekuatan mengharunginya. Mujurlah Tanjung Malim dengan rumahku tak jauh. 


Selambat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua yang baca blog aku ini. Selamat Tinggal Tahun 2011.

Friday, 30 December 2011

Kesiannya anak ummie..

Selepas baik dari demam panazz tu.. Esoknya naik bintik-bintik merah kat muka dia. Menurut orang tua-tua campak. Dah bagi minum air nyior dah la. Hari ni dah masuk hari ke 3. Hampir keseluruhan badan naik. Kesian kat anak ummie. Gatal abis badan.

1st day.


2nd days.

Bila gosok-gosok kat belakang, senyap la. Tak merengek.


Belakang badan.

Hari ni nampak ceria sikit. kalau tak, nak merap ja. (3rd days)

Thursday, 29 December 2011

Tentang Dhia..


Slot Akasia di TV3 banyak memaparkan kisah drama yang hit. Yang memberi impak dalam kehidupan.. Antaranya Tiramisu, Soffiya, AdaMaya, Nora Elena, Na o Mei, Nur Kasih dan banyak lagi la. Salah satu yang menjadi kegilaan adalah Nur Kasih.. Cerita ni memang hit dulu. Sampai keluar Nur Kasih The Movie la.. Tapi aku bukan nak cerita pasal Nur Kasih. Tapi slot yang membuatkan ramai yang marah-marah, meluahkan perasaan dan ada yang rajin boleh buat cerita lawak pulak dalam Facebook ni.. Walaupun aku sekejap tengok sekejap tak tengok cerita ni. Memang tahu serba sedikit melalui Facebook kawan-kawan. Setiap kali pukul 7 petang ke atas ramai yang post pasal cerita Tentang Dhia ni dalam Wall Facebook. Marah-marah dan geram dekat mak mertua Dhia ni. Hari ni merupakan last episode. Ramai yang ternanti-nanti apa kesudahannya kan.

Yang ni yang melucukan aku.. Aku copy dari wall sepupu aku Dila.. Dila, kak za curi eek.. hihihi...

Kalau nak jelas lagi. Klik pada gambar.

Monday, 26 December 2011

Bila akiff demam...

Semalam akiff demam panazzz.. Suhu 39.7c.. Tido ja.. Nak main pun tak mau. Makan pun tak lalu. Aku n Hubby susah hati sangat. Klinik kanak-kanak semua tutup. Cuti Krismas. Nasib kat rumah memang dah spare ubat demam. Sepanjang malam aku 'jelum' air suam kat belakang n bawah ketiak dia. Nak kurangkan suhu badan dia yang panazz tu.. Dalam pukul 0500 baru laa suhu turun ke 37.5c. Hari ni baru la dia buaaiihh.. Panjat sana.. Panjat sini.. Merangkak sana sini.. Pagi ni bawa dia pergi klinik. Doktor cakap suhu dah turun sikit. Mungkin disebabkan jangkitan virus di kerongkong yang buat dia demam. Kalau dalam masa 2 atau 3 hari ni tak kebah demam jugak kena bawa ke hospital la. Takut demam denggi. Simpang malaikat 44.