Thursday 28 August 2014

Satu minggu yang busy..

Minggu ni merupakan minggu yang busy dan letih. Memang aku agak letih di hari yang dilalui ini. Keletihan aku.. Fuuh.. Kat sekolah aku ada Temasya Sukan Tahunan 2014. Aku bertugas sebagai AJK makanan.. Haa.. Makanan ja pun.. Ingat tak letih ka? Letih woo.. Nak agih makanan ikut AJK. Nak bagi kat guru n murid lagi. Nasib baik ada murid yang membantu..

Kat bawah ada tatapan gambar untuk Semua.. Hehehe..





Monday 25 August 2014

I Am Craving Mug Cakes

Amboi tajuuuukkk... Speaking London you.. Hehehe..

Semalam sebelum nak tidoq aku layan FB dulu.. Tiba-tiba nampak Mug Cakes ni... Ayoooo... Buat aku tak boleh tido wooo... Huhuhu... Nak kek macam ni... Huhuhu..

So, aku bagi hampa semua terliuq sikit.. Hehehe... Sorry..













Gambar ehsan dari FB..


Akiff di kampung.


Akiff tiba-tiba kena hantar kat kampung.. Sebabnya toksu dia yg mengasuh dia tak boleh nak jaga dia buat seminggu ni.. Toksu dia dapat cucu yg kedua.. Terpaksa la Akiff dihantar Ke kampung.. Nanti macam mana la abah nak balik KL nanti.. Kesian Akiff.. Abah kat KL.. Ummie kat Sibu.. Nasib la Akiff ada ramai geng kat kampung..

Sunday 24 August 2014

Segmen Blogwalking Pink Ladies 2# : 48 Hour Marathon.


Sapa nak join klik banner kat atas ni..


Segmen ni khas untuk para wanita sahaja.. Hehehe.. Dijalankan selama 48 jam.. Bermula 24 Ogos 2014 (12 .00 p.m - 27 Ogos 2014 (12.00 p.m). Kenapa perempuan dikaitkan dengan "Pink kaler"? Haa... Dah sinonim kut  perempuan dengan pink.. Pink kan sweet.. Hehehe..


Friday 22 August 2014

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Aku merupakan salah seorang yang meminati pelbagai gajet telefon.. iPhone 5s memang salah satu dalam senarai gajet pilihan aku la.. Disebabkan harga dia yang agak mahal.. Aku letak sebelah dulu.. Belum berkesempatan lagi.. Haaa... Blog DENAI HATI klik ada membuat peraduan iPhone 5s.. Kalau aku ada rezeki boleh la merasa guna iPhone 5s ni.. Mana tau dapat kan? Amiiiin.... Ampa semua doakan aku eek.. Hihihi..

Hadiah utama : tiga unit i Phone 5s 16GB untuk tiga pemenang.
Hadiah saguhati : Wang tunai akan di umumkan jumlah dan kategori di entri lain.


Kalau dapat yang warna gold pun best jugak kan.. Hehehe..

Antara ciri-ciri yang terdapat dalam iPhone 5s ni ialah Cip pemprosesan yang berasaskan 64 bit, Fingerprint sensor, Ultrafast LTE wireless, 8 megapiksel iSight, merakam sehinnga 10 rakaman dalam sesaat, merakamkan video HD (720p) pada kadar 120fps dan sistem operasi yang tercanggih iOS 7. Salah satu kriteria yang menarik perhatian aku ialah Fingerprint sensor.. Waaa... Canggih tuu.. Hehehe..

Untuk keterangan lebih lanjut boleh la klik ke website Apple ni..

Jom layan official video iPhone 5s ni..


Okey... Antara penaja peraduan ini ialah...

22. Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

Bahayanya..

Semalam pukul 6 lebih elektrik tak ada.. Bergelap aku dengan housemate aku.. Dia pulak ada anak kecik. Rasa panas.. Meraung kejap la.. Tapi... Aku nak bagi tahu apa yang bahayanya..


Nampak tak berlubang... Aku dah teringat nak ubah lilin tu atas tin.. Tapi terlupa.. Nasib la housemate aku nampak.. So... Zaza... Lepas ni jangan careless.. Huhuhu..

Hari Berkabung Malaysia.


Al-Fatihah..

Thursday 21 August 2014

Solivite pilihan Akiff..

Picture by Google..

Akiff memang suka gila dengan Solivite.. Bila telefon hubby aku.. Tanya Akiff buat apa? Mesti tengah minum Solivite.. Dalam sehari tu boleh berbotol-botol.. Tapi sekarang ni hubby aku hadkan.. Stop seminggu jap.. Hari ni baru beli.. Bukan apa.. Risau dengan kandungan gula dalam solivite tu.. Kalau dah sampai sehari berbotol-botol minum.. Sapa yang tak risau.. Ampa semua rasa solivite ni bagus ka?

Lupa pulak nak bagi tahu.. Akiff memang tak boleh minum vitagen n yakult.. Masa umur dia setahun lebih pernah bagi dia minum. Lepas minum dia cirit. Ni dah umur 3 tahun tak tau la pulak dia masih allergic lagi ka tak dengan vitagen n yakult..

Wednesday 20 August 2014

Wordless Wednesday : Meeting.


Orang meeting aku blogwalking. Hehehe.. Sambil menyelam, sambil minum air.. Tudiaaa..

Ole-ole untuk Akiff.


Nampak tak hadiah untukAkiff.. Hehehe.. Aku bila nampak mainan berkaitan dengan transport memang aku teringat Akiff.. Airoplane ni kecik ja. Diperbuat daripada kayu. Saja beli aeroplane.. Nak bagi Akiff ingat kat aku.. Hehehe... Jeles tau... Asyik sebut abah dia ja.. Aku Whatsapp gambar ni ke hubby aku suruh tunjuk kat Akiff.. Akiff nak.. Tapi kena tunggu aku balik cuti sekolah ni la.. Akiff cakap OKEY... Hihihi...

Tuesday 19 August 2014

I Love Purple

Aku memang salah seorang peminat colour purple.. Hihihi.. Tapi pink pun aku suka.. Macam mana tu? Ok.. Mai kita cuci mata sikit..







Monday 18 August 2014

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP


Walaupun aku ni orang penang.. Aku nak join jugak la.. Sbb fridge magnet dia cantik-cantik.. Waaa... Terpikat u.. Hehehe... Mai ramai-ramai pakat join.. KLIK BANNER di atas ja..

Segmen 12 jam Bloglist #10 Mialiana.com

Nak join jugak laa... Hehehe..

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Ramah Tamah di Sibujaya.

Minggu lepas aku ada tumpang kawan aku buat open house.. Rupa-rupanya orang Sarawak panggil Jamuan Raya tu "Ramah Tamah".. Aku baru tahu.. Hehehe.. Alang-alang kawan aku nak buat.. Aku tumpang sekaki la.. Buat di rumah dia.. Memang minggu tu agak kelam kabut la.. Kalau ikut perancangan nak buat hari Sabtu.. Tiba-tiba kawan aku ni kena pergi Kursus Bahasa Malaysia.. So, kami tunda hari Ahad. Memang kelam kabut la.. Ada yang aku terlupa panggil tu aku pohon kemaafan laa.. Sorry.. Huhuhu..



Kami bahagi dua menu mana yang nak disajikan.. Antara menu yang kami pada hari tu ialah...
1. Bakso
2. Laksa
3. Kuah kacang.
4. Rendang.
5. Nasi himpit a.k.a ketupat nasi.
6. Kuih raya.
7. Air sarsi..

Banyakkan? Mujur kawan aku import pembantu 4 orang student dia.. Hehehe.. Dapat la bantu kami..


Antara tetamu yang hadir..


Ni student aku.. 3 kali dia datang singgah.. Hahaha... Mujur kawan aku faham.. Aku dah agak dah dia akan ulang mai... Rumah dekat ja,. Hahaha...



Saturday 16 August 2014

Naik Klia Transit dari KLIA2.

Balik cuti raya hari tu aku kena naik KLIA TRANSIT dari KLIA2. Sebabnya... Esok pagi2 subuh nak berangkat balik ke kampung. Kesian lak kat my hubby nak amik aku lepas tu patah balik rumah n bergegas balik kampung. 


Dari KLIA2 aku menuju ke Bandar TasikSelatan.. Kosnya RM26.50.. Aku naik last train.. Pukul 12.55... Kalau nak tahu jadual KLIA TRANSIT boleh ke website KLIA Ekspress.. (Klik sini) 

Sekali sekala naik train sorang-sorang best jugak.. Huhuhu... Tapi jangan lah selalu..

My lucky blog. THANKS...

Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada blog AINA AKMAL... (klik)

Kenapa? Sebab memilih blog aku sebagai lucky follower #123.. Cantikkan nombor tu? Ikut urutan.. Hehehe...


Nampak tak? Hehehe.. Bangganya aku...

Friday 15 August 2014

Istimewanya mereka.

Istimewanya mereka. Mereka itu ialah anak-anak pendidikan khas aku.. Di sini aku menumpang kasih daripada mereka.


Nampak tak gambar kat atas tu.. Tu pelajar aku..Pelajar sindrom down. Dia ni pandai ambil gambar dan tinggi imaginasinya.. Rasa-rasanya dia ambil guna apa? Hehehe...




Ni berselfie dengan ketupat pulak.. Hehehe.. Bukan main suka lagi.. Buku dia tu dia anggap iPad dia.. Moment macam ni buat aku hilang pelbagai masalah dan tekanan.. Bila mengajar mereka ni kita rasa happy.. 



Wednesday 13 August 2014

Exam Paper untuk Pelajar Pendidikan Khas.

Baru ja masuk mengajar dua minggu lebih macam-macam kerja perlu diselesaikan.. Semua nak kena buat dalam bulan Ogos ni. Tiba-tiba tarikh ujian Formatif di awalkan.. Aku rasa buat paper exam untuk pelajar aliran perdana lebih mudah lagi berbanding dengan pendidikan khas. Kenapa? Kalau Pendidikan Khas ni... Dalam satu subjek, aku kena buat 3 set paper mengikut tahap kebolehan pelajar. Buku rujukan untuk subjek pendidikan khas ni tidak banyak dan sukar untuk didapati. Haaa... Di sini aku kena reka sikit la soalan-soalan untuk pelajar aku. Banyak menggunakan gambar. Pelajar yang aku ajar ni masih belum dapat membaca dengan baik. Tahap kebolehan setiap pelajar berbeza antara satu sama lain. Alhamdulillah.. Dekat sini kerja aku dimudahkan kerana pelajar Pendidikan Khas kat sekolah aku tidak terikat dengan jadual peperiksaan mereka.


Aku perlu senaraikan dulu kumpulan pelajar untuk setiap subjek. Kalau tak buat macam ni nanti aku lupa.

Saturday 9 August 2014

Warna Warni Hari Raya 2014..

Meh aku nak tunjuk sikit gambar yang sempat di ambil.. Credit to my best photografher a.k.a my hubby.. Hehehe... Tema baju kami tahun ni Peach pink + Blue...



Haa.. With my best freind..



Selfie sebentar bersama hubby.. Hehehe..




Kalau hari raya pertama kat rumah aku macam biasa la.. Pakai baju cantik-cantik duduk dapur.. Tapi, aku tak kisah.. Aku dah biasa macam tu.. Hihhi..


Termenung jauh Akiff..

Bahasa orang penang mengelirukan orang..

Aku orang Penang... Husband aku orang Kedah.. Nama ja orang Kedah.. Tapi kadang-kadang ayat yang aku ungkap tu buat dia keliru.. Dia kata mana ada orang utara cakap macam tu.. Ya laa.. My hubby lain sikit.. Dia dulu bukannya duduk kat kampung.. Sekolah di sekolah menengah ber"asmara".. Asrama laa.. Hahaha... Bergaul dengan pelbagai orang.. Lepas tu belajar di Kelantan. Praktikal kat KL.. Keja pun kat KL.. Hehehe... Ni bukan mengumpat suami tau.. Aku membuat penerangan.. Takut orang salah faham.. Lain la aku.. Sekolah di Penang, melanjutkan pelajaran pun di Penang.. Start kerja pun kat Penang.. Lepas kahwin ja aku ikut my hubby aku ke KL.. Tapi sekarang bekerja di Sibu pulak..

Okey.. Dah berleter panjang dah tu... Sekarang aku nak bagi tahu.. Apa perkataan orang Penang yang buat orang keliru.. Satu perkataan tu membawa kepada dua maksud.. Contohnyaa.....

Orang Penang panggil selipar tu KASUT... Kalau kasut tu KASUT jugak laa..
Orang penang panggil biskut tu ROTI... Kalau roti tu ROTI jugak laa..
Orang penang kadang-kadang akan sebut.. Pernah MAKAN ayaq jus mangga ni tak? Seeedaaapp... Tak ka bunyinya kelakar... Memang aku dah terbiasa macam tu.. Kalau cikgu BM dah kena tegur dah tu.. Mana ada orang MAKAN ayaq.. Minum ada laa... Hahaha...


Ada jugak perkataan yang aku cakap tu orang tak faham.. Contohnyaaa...

KATUP = tutup
CONTIANG = conteng
RELAI = hancur

MALAYSIA itu indah kan... Pelbagai kaum... Pelbagai budaya.. Pelbagai dialek...

Shower idaman..

Aku sebenarnya mengidamkan bilik air yang cantik macam kat hotel.. Hehehe... Ceewahh.. Ya laaa... Dalam bilik air la tempat nak berangan. Boleh gitu? Hahaha.. Antara ciri-ciri bilik air yang aku suka mesti la shower dia yang best... Rasanya yang mana satu shower idaman hati ampa.. Cer pilih...














Haaa... Shower ni aku suka..sebab boleh berendam sekali.. Tapi tak nak lak nampak view macam tu.. Maluu laa.. Hehehe..