Tuesday 18 February 2014

Berlepas ke Sarawak..

Hari ni 18hb Februari 2014 aku akan berlepas Ke Sarawak.. Ditemani teman2 seangkatan.. Ok.. Aku tayang tiket dulu.. Nanti aku akan cerita selanjutnya.. Nanti sampai Sarawak ada taklimat Lagi dari JPN Sarawak.. Tunggu Yaa.. Nanti aku up entry..

Friday 14 February 2014

Posting ke Sarawak.

Assalamualaikum n selamat pagi semua.. Jumaat lepas pukul 5.30 minit petang.. Aku mendapat khabar berita yang aku sendiri terkejut. Aku di tempatkan di SARAWAK.. Sebelum tu... Pagi Jumaat tu ada orang JPN SARAWAK call aku tanya aku Pendidikan Khas apa? Aku jawab la Masalah Pembelajaran. Hati dah tak sedap dah masa tu.. Aku nampak nombor fon yang bukan dari Semenanjung.. Start dengan 082.... Huhuhu... Aku cuba positifkan diri.. Bila petang tu cek online penempatan....



Nampak tak... Huhuhuhu.. Aku tengok En.Hubby.. En. Hubby tengok aku.. Sama2 berpandangan.. Lepas tu air mata aku menitis n En Hubby peluk aku n kami menangis dalam pelukan.. Huhuhu.. Akiff tengok jaaa.. Dia tanya kami.. AWAAAAT? Aku apa lagi.. Nangis lagi.. N kami bertiga berpelukan.. Huhuhu..

En. Hubby cakap tak per.. Ada masa lagi.. Kita cuba buat rayuan.. Hari isnin tu kami pergi ke KPM untuk buat rayuan.. Memang aku dah agak mesti ramai punya.. Semua yang pergi KPM adalah golongan ibu-ibu.. Ada yang tengah sarat mengandung, ada yang dalam pantang, ada yang bawak anak kecik.. Aduuuuss... Aku kiranya beruntung jugak sebab Akiff dah besar.. En Hubby n Akiff hanya tunggu di luar.. Aku n rakan guru yang lain saja boleh masuk berjumpa dengan pegawai berkenaan.. Kami diberi penerangan bahawa tiada kosong untuk penempatan di semenanjung. Semua penuh.. Dengan panjang lebar pegawai tu berucap.. 
Kami keluar dengan perasaan yang hampa.. Sebab nama sudah ada dalam sistem.. N waran sudah dikeluarkan.. Nak atau tak nak kena pergi jugak..

Sekarang... Sudah beberapa hari berlalu aku dah boleh terima yang aku akan berangkat pergi.. Dan setelah menerima ramai pendapat dari mereka yang berpengalaman.. Aku tak jadi tangguh.. Aku akan pergi lapor diri ke SARAWAK.. Aku dengan guru lain akan ditempatkan di Hotel Goldcourse Klang pada 17hb Februari 2014 untuk orientasi.. Esoknya 18hb Februari 2014 akan terbang ke sana.. 

Aku bersyukur sangat sebab dah ditempatkan berbanding mereka yang belum ditempatkan lagi.. Bukan aku tak nak pergi ke Sarawak.. Bila mengenangkan si Akiff yang sekarang dah pandai Pot Pet Pot Pet n telatah dia buat aku sedih.. Buat aku rindu nanti.. Ibu mana yang mahu berpisah dengan anak.. Hanya seorang ibu atau bapa saja yang pernah berjauhan saja tahu betapa peritnya apabila anak tiada di sisi.. Siapa yang kata aku mengada2 tu.. Try tengok.. Pergi mana2 dalam masa seminggu jaa tanpa anak.. Kalau tak rasa jugak tu memang tak ada perasaan la.. Ampa semua doakan aku TABAH mengharungi hari-hari yang mendatang eek.. InsyaAllah akan cuba balik sebulan sekali.. 

Akiff.. Aku tak risau sangat tinggal dengan abah dia.. Dulu masa study kat UPSI dulu dah pernah tinggal dia di bawah jagaan En. Hubby.. Kalau kat sini Akiff dah serasi dengan Toksu dia yang mengasuh siang hari.. Ada jugak mak n mak mertua aku tanya tak mau tinggal kampung ka.. Tak apa laaa.. Kalau kat sini abah dia ada.. Kalau kat kampung umi n abah dia tak dak.. 

Ampa semua doakan aku menjadi pendidik yang berdedikasi n ikhlas dalam mencurahkan ilmu.. Semoga aku tabah di sana.. Nanti aku akan cerita pengalaman aku di sana.. Jangan boring pulak nak baca.. Hihihi..

Thursday 13 February 2014

Hadiah Pemenang Followers yang ke 600 Blog Two Souls Become One

Assalamualaikum n Selamat Pagi semua.. Dalam beberapa hari ni aku agak sibuk nak uruskan hal berkaitan posting aku.. Rayuan dah dikemukakan tapi apakan daya. Posting tetap posting. Nanti la aku cerita lebih lanjut.

SEKARANG ni... Haaaa.. Nak tahu tak hadiah apa yang Anum bagi sebagai Pemenang Followers yang ke 600.. Tuuungguuu.. Hihihihi.. Buat suspen sikit. Hari sabtu lepas aku dapat call dari pos laju.. Dia tanya pintu no 6 ke 16? Aku kata 6.. Ooo.. Rupanya Anum tersalah tulis nombor pintu.. Hihihihi..

Bila Posmen sampai ja kat rumah.. Akiff la orang yang paling sibuk nak bukak pintu.. Bila dapat sampul dari posmen tu? Macam gambar kat bawah ni la..


Dia peluk sakan sampul tu.. Dia cakap Akiff punya.. Hahaha.. Ummie nak buka sampul pun tak bagi..

Yang ni la hadiahnya.. Chocolate untuk Akiff.. Fridge Magnet n Badge Button tu aku punya.. Hihihi.. Aku n Hubby memang kumpul Fridge Magnet. Penuh 1 peti ais.. Hihihi.. Thanks Anum.. Jom melawat blog Anum. Juz klik "Two Souls Become One"..

Tuesday 11 February 2014

Emosi tak stabil..

Assalamualaikum n selamat tengahari semua.. Hari ini emosi aku belum stabil lagi.. Tengah cuba menenangkan hati.. 
Berita yang aku tunggu2 selama ini ingin menjadi pendidik memberi kejutan kepada aku Jumaat lepas. Tempat dipostingkan ke Sarawak.. Aduus.. Luruh jantung aku.. Bukan tidak bersyukur.. Aku amat2 bersyukur. Tapi aku rasa aku tidak kuat tanpa Akiff.. Kalau nak tinggalkan En. Hubby aku tak kisah.. Ini Akiff yang dah mula nak bermanja2 dengan aku.. Masa study kat UPSI dulu ni pun Akiff dah kurang rapat dengan aku. Asyik2 Abah dia..  Ni nak berjauhan sekali lagi.
Sekarang aku tengah buat rayuan.. Kalau rayuan pun tak boleh.. Aku terpaksa akur la. Saya yang menurut perintah kan.. Doakan rayuan aku diterima n harap aku tabah la.. 

Psst : Aku dah dapat hadiah dari Anum.. Nanti aku update.. 

Friday 7 February 2014

Jangkitan Virus Selesema.

Hari ni aku tak berapa sihat.. Virus selesema melanda.. Huhuhu.. Ni berjangkit kat Akiff la ni.. Huhuhu.. Tak apa.. Janji Akiff dah sihat. Bila selesema dapat pulak 1 pakej.. Sakit tekak.. Bila 1 pakej dah dapat.. Dia mai la sakit kepala n telinga. Free guru.. Hihihi.. Harap sat ja la dia serang.. Huhuhu.. Nak buat keja rumah pun tak senang..

Thursday 6 February 2014

Jangan Bang Jangan..

Haaa... Tajuk kauuu.. Kontroversi yuuu.. Hahahaha.. Ni belum tengok gambar lagi.. Tengok la gambar kat bawah tu? Anda faham? Hahahaha.. Ada pulak iklan macam tu.. Aku ambilgambar ni dalam FB.. Yang tak tahan tuu.. UNTUK YANG BERANI SAHAJA.. Aduuus...


Giveaway Birthday Azhafizah


Sempena Birthday Fiza bulan depan.. Fiza ada buat GA.. Giveaway ni akan berakhir pada 11.59pm 7hb Februari 2014.. Cepat.. Masih ada masa lagi.. Setiap perserta akan menerima Calender 2014 Dekstop Wallpaper.. Masuk jer dah dapat hadiah dah.. Hihihi.. JOM join.. KLIK SINI JAA.. 



Sepetang di Kampung..

Nampak tak tajuk tuuu... Masih lagi mood di kampung.. Hihihi.. Aku belum kerja lagi.. So, boleh bersenang lenang lagi la di rumah.. Hihihi.. 



Saja aku nak tayang gambar kat readers semua.. Jangan jeles.. Ni salah satu Kuih Feveret aku la.. Orang utara panggil LOPEH.. Soodaapp.. Aku bila balik kampung.. Di saji yang sebegini la aku tak leh nak tolak.. 

Dialog pada satu hari di kampung..

Aku : Cik Naaaahhh.. Hari ni kerja tak?
Cik Nah : Tak... Cuti.. Awat? (Awat loghat utara bermaksud... Kenapa)
Aku : Tak dak ka coqkodoq (ondeh-ondeh) kaa apa kaa.?
Cik Nah : Haa.. Petang sat gi cik nah buat lopeh..
Aku : Wow... Soooodaaappp tuuu.. Naaaakkk..

Hihihihi.. Nampak tak.. Bertapa sayangnya Cik Nah aku kat aku.. Balik ja mesti buat makan apa2.. Eeeh.. Aku tak bagi tau lak sapa Cik Nah ni.. Cik Nah ni macam kak aku jugak laa.. Saudara aku.. Duduk sebelah umah aku.. Kat kawasan rumah aku kat kampung tu ada dalam 5 buah rumah saudara terdekat.. Petang2 ja ada bersidang kat luar. Melebarkan badan.. Minum petang.. Hihihi.. Cik Nah cakap tak apa la sekali sekala mak ngah (Mak Ngah panggilan yang Cik Nah selalu panggil) balik kampung..




Haaa.. Mana yaaa.. Cik Nah.. Tu yang baju biru tu.. Sebelah dia tu anak buah aku. Eeeeh.. Ada org 'enterprem' laaa.. Tuu.. Cik Din.. Laki Cik Nah.. 

Bila baik demam.

Tuuut.. Tuuut.. Dia buat ketapi lak guna botol susu dia.
Akiff ambil tisu n basuh car dia..
Nampak tak.. Otak dia ligat ja fikir.. Tak ada kerja dia cari kerja. Ada saja kerja dia nak buat..

Posted via Blogaway

Wednesday 5 February 2014

Petua untuk selesema

Assalamualaikum.. Entry lepas kan aku ada tunjuk gambar yang hidung Akiff bertanda tu.. Nak tau KLIK SINI.. Haa.. Petua dia juz guna kulit kayu manis.. Basahkan belakang ibu lesung batu tuu.. Ambil kulit kayu manis n asah kulit kayu manis tuu.. Hasil daripada asahan kulit kayu manis tu.. Calit kan ke atas batang hidung.. Tujuan untuk bagi kering hingus yang meleleh tu.. Kalau guna kunyit hidup pun boleh.. Guna teknik yang sama.. TAPI... Jangan letak terlalu banyak.. Akiff cakap Panas.. Hihihi.. Nanti akan rasa pedih..


Gambar kidnap google..

Wordless Wednesday : Akiff selsema n demam.



Nampak tak aku letak apa kat hidung dia..

Cousin Akiff..


Tanggal 14hb November 2013.. Akiff dapat cousin laki... Muhammad Irfan.. Baru ni balik kampung sempat jugak tengok.. Dah pandai nak menyembang.. Pot pet.. Pot pet.. Jangan ikut mak tok ton sudah.. Hihihihi.. Akiff tak berapa nak pandai main dengan baby lagi.. Sebab dia ada geng la.. Dia tengok2 macam tu ja.. Kalau ummie n abah dia layan Irfan.. Baru la terkedek-kedek nak dekat.. Jeles la tuuuu.. Hihihi..

Pemenang Followers Yang Ke 600.



Nampak tak muka sapa yang terpampang di Blog TWO SOULS BECOME ONE tuu.. Yeeeaaah.. Terasa amat amat bertuah sangat.. Dapat menjadi pemenang Followers Yang Ke 600.. Boleh tak aku nak buat lompat bintang.. Hihihihi.. Jakun kan aku.. Tak kisah laaa.. Janji menang..Hahha.. 

Sebenarnya aku baru saja tahu semalam. Semalam sampai KL baru bukak blog.. Al maklumla.. Balik Kampung.. Bukan nak online sangat.. Tak ada masa sangat.. Yang aku tau nak enjoy dengan sanak saudara kat kampung.. Hihihi..


Monday 3 February 2014