Monday 17 March 2014

Pelajar PPKI SMK Sibu Jaya..

Sudah hampir sebulan aku di sini.. Mengharungi pahit manis di bumi Sibu Jaya tanpa keluarga. Hari ke hari aku lalui makin banyak pengalaman baru yang aku timba.

Haa.. Ni aku nak cerita serba sikit tentang pelajar Pendidikan Khas di SMK Sibu Jaya. Terdiri daripada 20 orang murid. Dimana hampir keseluruhan Masalah Pembelajaran.. Ada jugak seorang masalah penglihatan dan seorang masalah pendengaran. Dikelola oleh seorang guru yang komited iaitu cikgu Zamzura. Kat sini ada tiga orang guru termasuk aku n seorang pembantu murid yang sangat membantu.

Haa.. Gambar atas ni masa kelas masakan. Dua kelas sekali ni. PK A n PK B. Sebab ada guru tak datang so bawak masuk sekali la dalam bilik masakan. Murid PK B memang sangat membantu aku nak uruskan bilik masakan. Dengan jumlah pelajar yang ramai lagi. Memang have fun la... Tengok kat belakang tu bukan main suka lagi. Tapi tak boleh bagi muka sangat nanti naik lemak pulak depa ni..


Haa.. Ni namanya Johannes.. Memang sangat membantu murid. Kiranya dia la ketua la.. Memang boleh diharap. Ada jugak la beberapa murid yang boleh diharap. Tapi dia ni memang tahu apa yang perlu buat. Macam abang kepada semua murid kat sini jugak laa... Suka la tuuu.. Aku ambil gambar dia..

Haa.. Ni sebahagian kelas PK A. Tengah buat kolaj.. Macam-macam perangai.. Yang tengah tengok serius tu murid Autisme.. Memang ambil masa la nak kenal dia.. N dia pun ambil masa jugak nak suaikan diri dengan aku. Suka jugak bising. Apa-apa pun aku suka mengajar mereka.. Walaupun ada cabaran yang berbeza dengan murid biasa. Tetapi mengajar mereka ni aku rasa lebih istimewa.. 

5 comments:

  1. ada student nama yap fah leng tak?

    ReplyDelete
  2. TERJUMPA POSTING NIE.. ADA JUGAK SANGKUT NAMA KAK ZURA.. HAHAHA.. TERIMA KASIH SUDI CORETKAN PENGALAMAN ZA DI BUMI KENYALANG INI... WALAUPUN TAK LAMA TAPI SUNGGUH BERMAKNA... TERIMA KASIH SUDI BERKHIDMAT DENGAN IKHLAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH TANPA MENGELUH WALAUPUN JAUH DENGAN KELUARGA... JANGAN LUPA KAMI DI SINI K..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. Tempat posting za memang takkan lupa.. Banyak kenangan dan pengalaman..

      Delete