Thursday 30 August 2012

Akiff n kereta merah..

Sekarang ni aku ada kat kampung. Cuti lagi katakan.. Memandangkan my hubby outstation ke Sabah. so, aku n akiff stay kat kampung lagi seminggu.. Bukan main seronok lagi bila dia naik kereta merah dia kat luar.. Apa lagi... AKU BEBAS... Hahahaha.. 

Haaa.. Aku nak berkongsi sikit karenah akiff masa naik kereta dia
 ni.. Tengok la gambar kat bawah ni... 




Haaa.. Si comel baju pink ni memang setia peneman akiff.. Akiff memang suka kawan dengan kak cha...



Haaa.. Masa ni akiff hampir bebai dan berputus asa..


Haaaa.. At last.. Akiff berjaya dengan sokongan dari belakang tabir.. Hiiihihi.. Pandai anak ummie. Fikir cara lain pulak.. hahahaha..

Monday 27 August 2012

OLD TRAFFORD BURGER a.k.a BURGER M.U...



Sapa pernah dengar Burger M.U atau pernah makan. Burger ni boleh didapati di Lebuh Chulia berhadapan dengan Love Lane, Georgetown Penang.. Burger dia aku bagi 4 dari 5 bintang.. Sedap. Aku suka. Harga tak la mahal sangat. Jam 2, 3 pagi pun burger ni masih buka.. 

p/s : burger ni boleh dibeli oleh sesiapa saja. Walaupun anda bukan penyokong Manchester United.. Hihihihi...

Wednesday 15 August 2012

Salam Lebaran.. ^-^

Salam Lebaran kepada semua rakan-rakan blogger tidak kira di mana anda berada.. Ceewwaaah.. Zaza mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terasa dengan apa yang zaza sampaikan di dalam blog ini.. PEACE.. ^-^




TAHUN NI RAYA HAMPA SEMUA BALIK MANA? Aku n Hubby of coz la ke utara.. ;)

Tuesday 14 August 2012

Dalam sejarah..

Tahun ni dalam sejarah aku tak buat kuih raya.. Kalau tidak.. Mesti ada dua jenis kuih raya wajib family aku yang aku mesti buat. FLIP JICK n CHOCHOLATE CHIPS.. Setiap tahun mesti saudara terdekat n kenalan duk tanya kuih ni kalau aku tak hidangkan. Tahun ni mesti tanya dengan penuh kehampaan.. Selalu aku buat mesti hantar kat rumah mertua n rumah kat kampung. Itu dah menjadi rutin setiap tahun.. Entah apa yang sedap ntah la.. SEDAP KA? Kembang aku kalau orang puji..

Disebabkan perkara-perkara yang tidak ielakkan aku tidak dapat menunaikannya.. Hihihi.. Ya laa.. Akiff dah semakin aktif dan semua perkara dia nak explore.. 


Gambar ni aku cilok kat blog hubby aku.. Hihhihi.. KLIK SINI tengok.

Masa ni tengah buat kuih FLIP JICK.. Haa... Masa ni boleh la akiff duk macam ni.. Kalau sekarang aku rasa dia duk dalam periuk tuu.. 

Aku fon mak kata tak buat kuih raya tahun ni. Mak aku kata tak payah la buat.. Sat gi kena oven pulak si Akiff tu.. Sat gi dia kalut nak amik kuih kat oven..

Friday 10 August 2012

Kad raya

Kad raya... Kad raya... Yeaah.. Dapat kad raya dari rakan blogger.. Dari Encik Boni Kacak ni.. Klik je link dia kat SINI. Thanks Boni Kacak yang kacak.. Hahahaha... Kad raya ni merupakan kad raya pertama yang aku terima. Dulu masa sekolah rajin la dapat kad raya. Sekarang ni dah kurang. Kebanyakannya wish kat FB n mesej ja.. 

Dulu kalau dapat kad raya mesti nak gantung kad dinding. Baru la namanya raya.. Hahaha.. Sekarang hanya tinggal kenangan aja laa.. 







p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... BALIK KAMPUNG NANTI PANDULAH DENGAN SECARA BERHEMAH. INGAT LAH ORANG TERSAYANG.. ;)

Thursday 9 August 2012

Baru...


Haaa... Rasanya semua dah dapat agak rasanya.. Handphone apa yang menggantikan handphone lama aku yang telah lama di dermakan kepada orang lain atas jasa baik Akiff.. Thanks Akiff, kalau tak mesti ummie tak merasa handphone baru.. Hahahaha...




Handphone ni la aku beli. Samsung Galaxy Note. Walaupun aku tau Galaxy Note 2 akan keluar.. Tak apa laa... Kalau Note 2 mesti lagi mahal. 

Haa... Aku survey handphone ni kat samsung Jusco Mahkota Cheras 2 minggu sebelum aku beli. Masa tu dia cakap harga dalam Rm18++... Lepas 2 minggu tanya balik sudah naik.. RM1970.. Hmmm... Harga boleh berubah ka.. Dia cakap handphone macam saham gak.. Boleh berubah-ubah.. Boleh macam tu? Last-last dia yang rugi sebab aku tak beli kat kedai dia. Aku p kedai TAC Mobile.. Kedai ni dia jual segala jenis handphone yang ori la.. Dia cakap.. 


Ni warranty dia..


Ni charger handphone aku mula-mula. Ada problem skit. Mula-mula aku charge... Charge macam tak charge.. Tau tak macam mana? Sat charging sat tak.. Esoknya p tukar dia bagi lain.. Dia kata nak claim balik  charge tu kat samsung company..

Akhirnya apa yang diidamkan-idamkan dapat.. Hihihihi..


p/s : Abah a.k.a Mr. Marqis suruh la Akiff derma nanti.. Boleh dapat baru.. Hihihi..

Tuesday 7 August 2012

Kreatif..



Wow... Kreatif kan.. Kalau dapat kat Akiff ni mesti dia buat naik buat turun benda tu.. Hihihi..

Ruginya... ^-^




"Samsung akan menawarkan diskaun 10 peratus untuk samsung Galaxy S3 esok sebagai meraikan semangat kesukanan Datuk Lee Chong Wei. Syarikat itu dalam kenyataannya semalam berkata, promosi satu hari itu terhad kepada pembelian satu unit Samsung Galaxy S3 untuk setiap orang dan hanya didapati di 35 cawangan jenama Samsung Elite Partner seluruh negara." SUMBER BERITA HARIAN 7 OGOS 2012.
Kenapa aku kata rugi? Sebabnya aku dah beli handphone yang menggantikan handphone aku yg telah Akiff derma kat orang. Huhuhu.. Tengok entry dulu. KLIK SINI. Ni la dikatakan rambang mata.


p/s :- Kalau nak tau aku beli handphone apa.. Tunggu entry aku nanti. Hihihihi...


Thursday 2 August 2012

Kebizian Akiff...

Bizi betul Akiff... Lepas aku shut down terus aku p dapur. Tengok-tenok Akiff ambil alih kerja ummie dia.. Dengan kusyuknya tekan sana sini. On balik pulak tuu.. Tutup balik pulak.. Nasib tak rosak laptop ummie ni. Dah la veteren laptop ummie nii.. Huhuuhuhu..

Aku pulak.. Bila nampak dia buat tak endah ja aku cakap jangan. Apa lagi snap laa...











Wednesday 1 August 2012

Baby Walking Assistant

Akiff dah setahun empat bulan tapi.... Tak boleh berjalan lagi. Mula-mula aku tak la risau sangat coz setiap kanak-kanak ada tahap pembesaran yang berbeza.. Sekarang ni hampir setahun setengah membuat aku risau.. Ayat untuk sedapkan hati ku selalunya.. Tak lama nanti Akiff boleh jalan la.. Yang paling risau abah dia la. 

Tengok kat bawah tu.. Baby walking assistant. Abahnya la beli. Hanya RM28. Hari isnin lepas my hubby ajak p jumpa orang kat TESCO AMPANG selepas buka puasa.. Kak ni dia buat online. Tak ada kedai pun..



Kalau nak boleh tengok kat blog ni. KLIK ja..




Bukan main suka dia bila duk dalam walking assistant..


p/s : Hope Akiff dah boleh jalan masa raya nanti.. ^-^